Seorang lelaki dari New Delhi, India mencipta rekod dunia baharu selepas berjaya mengimbangi kayu hoki selama 3 jam 35 minit.
Raj Gopal Bhoi, yang berasal dari kampung Jamutjhula di daerah Balangir, Odisha mengimbangi kayu hoki berkenaan dengan hanya menggunakan satu jari.
Lelaki itu melakukan aksi tersebut dihadapan orang ramai termasuk Satyapira Padhan yang merupakan seorang pemegang Rekod Dunia Guinness bagi kategori lain.
Raj mahu memecahkan rekod semasa yang dicatatkan oleh Himanshu Gupta iaitu 2 jam 22 minit 22 saat pada tahun 2017.
Rakaman video yang memaparkan aksi Raj melakukan percubaan itu dan kenyataan daripada beberapa saksi sudah diserahkan kepada Guinness World Record.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”