• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
2 jururawat masyarakat lawan arus banjir selamatkan keluarga

2 jururawat masyarakat lawan arus banjir selamatkan keluarga

December 30, 2021 Posted by sdteam BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

DUA jururawat masyarakat (JM) antara petugas kesihatan yang berdepan detik cemas apabila kuarters didiami mereka dinaiki air banjir.

Perkara itu diceritakan oleh JM Amalina dan JM Manira kepada Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika beliau melawat kawasan klinik terbabit.

Dr Noor Hisham berkongsikan situasi dialami mereka menerusi laman Twitter miliknya.

Katanya, banjir berlaku di Klinik Desa itu kerana ia bersebelahan laluan sungai dan kawasan kuarters mereka pula adalah tempat paling rendah di sekitar kawasan tersebut.

“Ketika air mula naik, kedua-dua keluarga JM Amalina dan JM Manira hanya sempat menyelamat diri mereka, keluarga dan juga vaksin daripada klinik.

“Mereka kemudian melawan arus menyelamatkan diri, namun terpaksa keluar dari kereta kerana mula hanyut. Mereka diselamatkan jentolak tetapi kereta tidak dpt diselamatkan dan terus hanyut. Takziah diucapkan kepada mereka. Semoga tabah & Allah akan gantikan dengan yang lebih baik, InsyaAllah,” katanya.

Sementara itu, menurut Amalina dan Manira, paras air mencecah paras pinggang pada jam 12 tengah malam dan ketika itu mereka masih sedaya upaya menyelamatkan peralatan-peralatan penting termasuk vaksin ke tingkat dua, hingga tidak sedar air sudah ke paras dada.

“(Bergerak menaiki kereta) tak perasan air dah paras dada, kereta hanyut dan kami keluar ikut tingkap namun sempat diselamatkan oleh jentolak,”

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 343
Tags: BanjirJururawat Masyarakat
Share
0

About sdteam

This author hasn't written their bio yet.
sdteam has contributed 825 entries to our website, so far.View entries by sdteam

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

June 21, 2022

...

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

June 14, 2022

         By:...

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next