• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
488 unit Rumah Impian Bangsa Johor serah pemilikan

488 unit Rumah Impian Bangsa Johor serah pemilikan

April 28, 2022 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkenan berangkat ke Majlis Penyerahan Kunci Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) di Bandar Dato Onn, Johor Bahru, hari ini.

Menerusi Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan, Tunku Ismail berangkat sebagai wakil rasmi baginda.

Menurut hantaran itu, sebanyak 488 unit RIBJ di Bandar Dato Onn telah disiapkan oleh Johor Land Berhad (JLand), merealisasikan hasrat DYMM Sultan Ibrahim menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) bagi menyediakan peluang untuk rakyat Johor memiliki hartanah kediaman mereka sendiri.

“Inisiatif ini berperanan untuk membantu mereka dalam golongan berpendapatan rendah memiliki rumah di lokasi strategik, dilengkapi dengan kemudahan selesa pada harga mampu milik.

“Melalui kerjasama antara YSIJ, Kerajaan Negeri Johor dan Johor Corporation (JCorp) menerusi JLand sebagai anak syarikatnya, inisiatif YSIJ disambut baik dengan pembangunan RIBJ di Bandar Dato Onn dan Bandar Baru Majidee, Johor Bahru,” katanya.

Menurut hantaran itu, JLand setakat ini sedang menyiapkan 808 unit rumah mampu milik bagi kedua-dua projek, dengan keluasan pembangunan hampir 59 ekar.

“Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, menyatakan komitmen JCorp untuk terus menyumbang kepada pelaksanaan inisiatif pembangunan perumahan.

“Sama ada oleh YSIJ mahupun Kerajaan Negeri, kami komited untuk membina kediaman yang berkualiti, mampu milik serta meningkatkan kadar pemilikan rumah oleh rakyat Johor, sebagaimana yang dapat dilihat melalui pembangunan yang dilaksanakan oleh JLand untuk RIBJ ini,” katanya.

Post Views: 87
Tags: johorRumah impian bangsa johorTMJ
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 738 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next