• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
6 sukan yang cepat menurunkan berat badan

6 sukan yang cepat menurunkan berat badan

October 20, 2021 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pada April 2021 lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan satu daripada dua rakyat dewasa negara ini sedang mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Melalui pendedahan tersebut, KKM berkata hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dijalankan secara berkala terdapat peningkatan prevalen obesiti secara mendadak setiap tahun dalam kalangan orang dewasa.

Bermula pada tahun 1996, peratusan obesiti hanyalah 4.4% dan ia meningkat lebih tiga kali ganda dengan menjadi 14 peratus pada tahun 2006 di mana ia terus meningkat kepada 17.7% pada 2015 dan pada tahun 2019, ia mencatatkan peratusan iaitu 19.7%.

Menurut kajian dalam Archives of Internal Medicine yang diterbitkan pada tahun 2007 mendapati orang yang ada berat badan berlebihan berisiko menghidap penyakit jantung sebanyak 32% manakala peratus mendapat sakit jantung bagi orang yang mengalami obesiti adalah 81%.

Laporan di dalam jurnal Stroke yang diterbitkan pada tahun 2010 mendedahkan bahawa peratusan bagi penghidap obesiti untuk diserang penyakit angin ahmar meningkat sebanyak 64%.

Selain itu, penyakit berbahaya lain seperti kencing manis, dipresi dan anxiety juga memberi kesan yang teruk kepada penghidap obesiti.

Meskipun begitu, obesiti mampu dielak melalui amalan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan dan bersukan.

Berikut merupakan beberapa jenis sukan popular yang memberikan kesan yang cepat untuk menurunkan berat badan dan obesiti.

Jalan kaki

Aktiviti berjalan merupakan sukan yang bersifat ringan dan sederhana namun, ianya memberikan kesan yang baik untuk menurunkan berat badan dengan berkesan. Menurut pemerhatian Harvard Health, seseorang dengan berat badan 70 kilogram mampu membakar sekitar 167 kalori dengan aktiviti berjalan selama 30 minit. Sebagai permulaan, aktiviti berjalan kaki disyorkan dibuat selama 30 hingga 40 minit dalam setiap sesi.

Larian

Larian sama ada perlahan atau cepat, juga merupakan salah satu sukan kebiasaan yang digunakan untuk tujuan menurunkan berat badan serta merawat obesiti. Pelbagai teknik atau kaedah larian seperti latihan MAF, interval dan sebagainya digunakan untuk merawat obesiti, selain digunakan untuk latihan sukan-sukan tertentu. Larian pecut selama satu jam mampu membakar kira-kira 639 hingga 946 kalori.

image credit: Runner’s world

Berbasikal

Aktiviti mengayuh basikal boleh dilakukan sama ada secara  indoor mahupun outdoor. Aktiviti mengayuh basikal selama 30 minit mampu membakar sekitar 300 kalori. Menurut laporan Harvard Health, individu yang mempunyai berat badan 70 kilogram mampu membakar sebanyak 520 kalori untuk tempoh satu jam aktiviti berkenaan dengan menggunakan purata kelajuan 19 hingga 22 km/j. Selain membantu menurunkan berat badan, aktiviti berbasikal juga memberikan manafaat dalam penjagaan kesihatan jantung.

Credit: Facebook Muhammad Izzat Aiman

Renang

Sebagai sukan yang berkesan dengan cepat untuk menurunkan berat badan, pembakaran jumlah kalori sukan renang berbeza mengikut gayanya. Aktiviti sukan ini termasuk dalam salah satu aktiviti yang cepat menurunkan berat badan sekaligus meningkatkan kesihatan tubuh serta menjaga kesihatan jantung dan paru-paru. Walau bagaimanapun, setiap gaya renang mempunyai hasil pembakaran kalori yang berbeza.

Credit: Facebook Nik Fahusnaza

Berdayung

Aktiviti berdayung juga merupakan salah satu sukan yang cepat menurunkan berat badan. Ianya boleh dilakukan secara indoor(mesin) , di sungai, tasik serta laut. Annals of Rehabilitation Medicine dalam laporannya mengatakan bahawa aktiviti berdayung dapat menghilangkan lemak tubuh secara menyeluruh serta meningkatkan metabolisme. Aktiviti ini mampu membakar sebanyak 450 hingga 730 kalori untuk satu jam.

Angkat berat

Sukan angkat berat juga merupakan salah satu aktiviti paling berkesan untuk mengurangkan berat badan. Seseorang dengan berat badan 70 kilogram mampu membakar sebanyak 259 kalori dalam tempoh satu jam. Selain berkesan untuk melawan lemak, sukan ini juga anatra yang paling berkesan untuk membentuk dan meningkatkan kekuatan otot.

Selain daripada enam jenis sukan yang disenaraikan di atas, terdapat lebih banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengurangkan berat badan, selain memelihara kesihatan jantung dan paru-paru. Ianya bergantung kepada kesesuaian masa, tempat, ekonomi serta faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang individu.

Apa pun, menjaga kesihatan merupakan aspek yang wajib diutamakan oleh semua orang.

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 383
Tags: basikalJalan kakiObesitiRenang
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 738 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next