• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
7 ketetapan tangani beg sekolah berat

7 ketetapan tangani beg sekolah berat

March 7, 2022 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kementerian Pendidikan (KPM) menggariskan tujuh ketetapan serta perincian bagi menangani isu beg berat dihadapi murid sekolah secara menyeluruh.

Ia membabitkan penyediaan lokar di sekolah rendah, penyusunan semula jadual waktu, bilangan buku latihan, penggunaan buku aktiviti dan kerja, pengenalan buku teks digital, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP), serta kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya merangka satu penyelesaian holistik bagi menangani isu tersebut secara tuntas.

“Berdasarkan penelitian ke atas maklum balas yang diperoleh, isu beg berat adalah kritikal dalam kalangan murid sekolah rendah, khususnya murid Tahap satu iaitu Tahun 1, 2 dan 3.

Oleh yang demikian, ketetapan KPM yang akan dilaksanakan segera adalah seperti berikut:

  1. Penyediaan lokar

KPM akan menyediakan lokar di sekolah rendah secara berfasa. Fasa 1 akan melibatkan penyediaan lokar untuk murid Tahap 1, iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi.

Pelaksanaan ini akan melibatkan 10,662 kelas dengan 323,186 orang murid. Jumlah anggaran peruntukan tahun 2022 untuk Fasa 1 adalah sebanyak RM37.3 juta.

Bagi Fasa 2 pula, penyediaan lokar akan diperluaskan kepada murid Tahap 2, iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi. Pelaksanaan dijangka pada tahun 2023.

Bagi sekolah satu sesi pula, murid akan menyimpan buku di dalam laci meja di bilik darjah masing-masing.

  1. Penyusunan Semula Jadual Waktu

Melaksanakan jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran sehari, mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan.

Disamping itu, sekolah akan diberi kelonggaran untuk menyediakan jadual waktu mengikut kitaran minggu sebagaimana yang sedang dilaksanakan oleh sebilangan sekolah bawah KPM.

  1. Buku Latihan

Bilangan buku latihan hendaklah tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada satu satu masa. Setiap buku latihan. hendaklah tidak melebihi 80 muka surat.

  1. Buku Aktiviti dan Buku Kerja

Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM manakala buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP).

  1. Buku Teks Digital

Penerbitan baharu buku teks dalam format digital secara berterusan. Sehingga kini, sebanyak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMA). Murid yang mempunyai peranti boleh mengakses buku teks digital melalui pelantar DELIMA.

  1. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP)

Guru digalakkan menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza.

  1. Kerjasama Dengan JAKIM

Kerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) juga diadakan dari aspek penyelarasan uniform agar murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah. masing-masing semasa sesi persekolahan KAFA.

Menurut KPM, bagi memastikan setiap pendekatan dilaksanakan sebaiknya bagi mencapai matlamat untuk mengurangkan isu beg berat, KPM akan memantau rapi pelaksanaan semua pendekatan yang ditetapkan oleh KPM.

“Pemantauan ini akan dilaksanakan oleh sebuah pasukan petugas yang akan melaporkan secara berkala pelaksanaan inisiatif untuk mengurangkan beban beg berat murid,” katanya.

Post Views: 121
Tags: Beg SekolahKPM
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 700 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

May 9, 2022

         Gambar...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next