Peratusan vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 94.9 peratus membabitkan 22,214,024 juta individu yang lengkap vaksinasi.
Mengikut perincian dikongsi menerusi portal CovidNow hari ini, sebanyak 97.5 peratus atau 22,819,122 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Seramai 24,604,953 individu atau 75.3 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Manakala sebanyak 78.2 peratus atau 25,538,619 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2,390,929 individu atau 76 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,719,497 individu atau 86.4 peratus mendapat satu dos.
Sebanyak 108,821 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 6,342 dos pertama, 44,084 dos kedua dan 58,395 dos penggalak.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 50,527,937 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”