• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Abang Acap tawar RM12,000

Abang Acap tawar RM12,000

April 6, 2022 Posted by haizal.y BM, Featured, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tawwaran wang tunai RM12,000 diberikan kepada sesiapa sahaja berjaya menemui Mohammad Ashraf Hassan, peserta Gopeng Ultra Trail 2019 yang hilang sejak tiga tahun lalu.

Tawaran itu dibuat oleh abang kepada Ashraf menerusi laman Facebooknya Mohd Zahiruddin Hassan yang berharap adiknya yang dikenali sebagai Acap ditemui sebelum Syawal ini.

Dia turut meluahkan keperitan dihadapi keluarganya yang  menempuh pelbagai dugaan dalam usaha mencari adiknya yang hilang sejak 23 Mac 2019.

“Sesiapa yang berjaya menemui adik saya Acap sebelum raya, saya akan hadiahkan wang tunai sebanyak 12,000.

“Dalam tiga tahun ini banyak sungguh kisah yang keluar mengenai Acap.

“Ironinya masyarakat lebih gemar cerita buruk dari yang sahih. Ada yang kata dia lari, ada kata dia berkahwin bunian dan tak nak balik, ada pula yang kata ditangkap jin kerana mencuri batu, makan siput dan macam-macam lagi,” katanya dipetik Harian Metro.

Mohd Zahiruddin tidak menafikan pelbagai spekulasi bertebaran sehingga kini kerana ada individu cuba meraih perhatian dalam mencari kandungan di media sosial.

“Semua ini berpunca dari ‘content’ nakal Youtuber dan ‘influencer’ yang ketandusan idea. Sengaja mengetengahkan isu-isu rekaan supaya video mereka naik dan mendapat imbalan dan hasil,” katanya.

Apa yang dikesalkan, Mohd Zahiruddin berkata, cerita rekaan lebih tersebar luas namun tidak memberi sebarang hasil dalam usaha pencarian sebaliknya mengundang kesedihan kepada keluarga.

“Sedarkah anda di sebalik imbalan hasil yang dapat itu, ada ibu yang sedang berduka. Ada keluarga yang sedang bersedih, ada anak kecil yang kehilangan ayah,” katanya.

Menjelang keberkatan Ramadan, dia meminta kepada pihak berkenaan supaya berhenti mengambil kesempatan di atas kehilangan adiknya.

“Kitaran hidup kita ini pendek. Musibah boleh terjadi pada siapa saja. Jika tidak kepada diri sendiri mungkin boleh terkena pada anak isteri atau nasab keturunan. Semoga kita dilindungi Allah terhindar dari segala bencana,” katanya.

Pada 24 Mac 2019, Acap dilaporkan hilang apabila pihak penganjur dan rakannya yang membuat pencarian gagal menemukan selepas acara tamat pada 2 petang.

Post Views: 86
Tags: AcapGopeng Ultra Trail
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 700 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

May 9, 2022

         Gambar...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next