• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Ada titik cahaya di hujung terowong

Ada titik cahaya di hujung terowong

August 16, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seorang doktor di Lembah Klang mendapati kemasukan pesakit Covid-19 warga emas di negara ini menampakkan kadar penurunan.

Menerusi perkongsian tulisan di Facebook miliknya, Dr Hana Hadzrami berkata, selain itu pada minggu lalu jumlah kemasukan pesakit warganegara juga mulai menurun dan majoriti yang hadir ke hospital adalah warga asing.

“Sebenarnya dari minggu lepas saya simpan khabar gembira ini. Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap.

“Samar-samar tapi penuh harapan,” kongsinya.

Menurut Dr Hana, rujukan daripada Jabatan Kecemasan (ED) kepada pasukan unit rawatan rapi (ICU) untuk pesakit Covid-19 kritikal juga dilihat semakin berkurang.

“Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis ICU, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang sudah nampak sedikit ruang.

“Kalau dulu, mayat berbungkus berselang seli dengan katil pesakit hidup dan kanvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED. Sekarang sudah nampak lantai,” jelasnya.

Dr Hana berkata, jumlah pesakit kategori ringan masih ramai, tetapi mereka hanya memerlukan pemantauan dan rawatan di wad sahaja.

“Masih ada rujukan pesakit Covid-19 kritikal ke ICU dari kalangan warganegara, namun terdiri dari mereka yang tolak vaksinasi. Apa nak buat.

“Ada juga pesakit Covid-19 kritikal dari kalangan yang divaksinkan, namun mereka sembuh sangat cepat berbanding yang tak divaksinkan langsung,” katanya.

Dr Hana berkata, empat pesakit mereka yang telah divaksin hanya memerlukan bantuan pernafasan tiga hingga empat hari berbanding dua hingga tiga minggu pesakit yang tidak sempat menerima vaksin.

“Mereka pulih dengan X-ray dada yang bersih. Berbanding dengan majoriti yang rabak paru-parunya. Belum masuk yang sudah meninggal.

“Jumlah pesakit di ICU kami masih ramai. Hasil sebulan lepas punya kemasukan,” katanya sambil menambah negara ini belum lagi menang melawan Covid-19.

Pada masa sama, beliau turut tidak sabar agar Lembah Klang menjadi seperti Sarawak.

“Di sana pesakit Covid-19 kritikal di ICU hanya tiga orang. Sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka. Kita berusaha dan bertawakal.

“Insya-Allah vaksin itu berkesan,” ujarnya.

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 314
Tags: kesan vaksinsinar cahaya
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next