Gelagat seorang pemuda di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Kozi Square, Kuching, Sarawak telah mencuri tumpuan orang ramai yang hadir di situ.
Jika sebelum ini tular lelaki memakai kostum Spider-Man, terbaharu, tular pula aksi adiwira Iron Man menerima suntikan vaksin Covid-19.
Kedua-dua kostum itu dipakai oleh individu yang sama iaitu Mohhd Syah Nizam Rajap berusia 32 tahun.
Kemunculannya di PPV tersebut pada Jumaat lepas, kira-kira jam 11.15 pagi adalah untuk menerima dos kedua vaksin di selepas tiga minggu lalu menerima dos pertama.
“Masa saya muncul sebagai Spider-Man, ada respon yang baik daripada orang ramai di PPV dan saya melihat ia dapat menggembirakan mereka.
“Jadi, saya memutuskan untuk berpakaian sebagai superhero sekali lagi untuk menghiburkan kakitangan dan sukarelawan.
“Bagi mereka, ia adalah rutin yang sama mereka lalui setiap hari. Saya mahu mereka melihat kelainan dengan apa yang saya lakukan,” katanya dipetik The Star.
Mohd Syah, yang bekerja di Tabung Baitulmal berkata, dia seronok apabila gelagatnya itu mendapat sorakan orang ramai yang gembira melihat kemunculan adiwira di PPV itu.
“Saya melakukannya dengan ikhlas. Saya hanya mahu membuatkan orang gembira dan ceria,” katanya.
Pada masa sama, dia juga mahu memainkan peranan untuk mendorong vaksinasi dalam kalangan masyarakat.
“Saya berharap dapat memberi keyakinan kepada orang ramai untuk mendapatkan vaksin,” katanya.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”