• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Anggota bomba jadi ‘hero’ selamatkan wanita cuba terjun dari jambatan P.Pinang

Anggota bomba jadi ‘hero’ selamatkan wanita cuba terjun dari jambatan P.Pinang

May 23, 2022 Posted by sdteam BM, Featured, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjadi ‘hero’ selepas menyelamatkan seorang wanita yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang petang tadi.

Difahamkan, anggota bomba berkenaan yang ketika itu tidak bertugas kebetulan berada di lokasi kejadian iaitu di Kilometer (KM) 3.4 jambatan berkenaan dari Prai menghala ke bahagian pulau.

Menurut jurucakap JBPM negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 3.35 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian didapati seorang wanita berusia 43 tahun telah pun diselamatkan oleh orang anggota mereka yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4.25 petang,” katanya memetik Kosmo Online.

Sementara itu, satu video memaparkan kejadian terbabit tular di media sosial semalam yang menunjukkan anggota bomba berkenaan meluru ke arah seorang wanita yang sedang berdiri di tebing Jambatan Pulau Pinang.

Anggota bomba itu kemudiannya berjaya menyelamatkan wanita berkenaan sebelum beberapa individu lain dipercayai anggota keluarga mangsa turut menyelamatkan wanita terbabit.

Post Views: 97
Tags: BombaHeroJambatan Pulau Pinang
Share
0

About sdteam

This author hasn't written their bio yet.
sdteam has contributed 825 entries to our website, so far.View entries by sdteam

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Subsidies To Be Maintained as Part of Bantuan Keluarga Malaysia Programme

Subsidies To Be Maintained as Part of Bantuan Keluarga Malaysia Programme

June 27, 2022

         BY:...

STAM Results To Be Announced This Thursday

STAM Results To Be Announced This Thursday

June 27, 2022

         by...

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

June 21, 2022

...

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

June 14, 2022

         By:...

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next