Selepas media melaporkan lebih kurang 10,000 penduduk di Kelantan tidak hadir untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 fasa kedua baru-baru ini, ramai yang menzahirkan kekecewaan mereka.
Antara yang dilaporkan tidak hadir untuk menerima suntikan vaksin berkenaan terdiri daripada golongan berumur 60 tahun ke atas dengan pelbagai alasan.
Pelbagai reaksi daripada kalangan rakyat Malaysia menyusul selepas laporan berkenaan menjadi bahan bualan dilaman-laman media sosial di negara ini.
Lebih memberikan kesan adalah apabila ramai yang mengeluh berkenaan kegagalan pendaftaran bagi mendapatkan vaksin AstraZeneca melalui aplikasi MySejahtera sehari sebelum laporan kegagalan puluhan ribu hadir ke pusat vaksinasi berkenaan.
Namun, pada Ahad lepas, seorang warga emas berusia 105 tahun yang hadir ke pusat vaksinasi untuk mendapatkan suntikan, memberikan perspeksif yang berlainan.
Jaafar Awang Mat, dipercayai inidividu tertua yang menerima suntikan vaksin di Malaysia setakat ini.
Gambar warga emas berusia lebih satu abad itu yang memegang poster ‘Saya telah divaksin’ yang dikongsikan netizen sejak Isnin lalu, berasal dari Kampung Pulong di Kubang Kerian, Kelantan.
Lelaki tersebut menerima dos pertama suntikan vaksin di PPV di Dewan Sri Tanjung, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Kota Bharu pada Ahad lepas.
Menurut cucunya Noor Azriena Syamsuri Md Nor, atuknya sebelum ini pernah cuba untuk dipengaruhi oleh golongan anti vaksin agar tidak mengambil suntikan berkenaan yagn didakwa boleh meragut nyawa dan memberikan pelbagai kesan lain.
Wala bagaimapaun, warga emas tersebut tetap positif untuk mengelak daripada kesan buruk virus pembunuh berkenaan, lalu membuat keputusan untuk mengambil suntikan berkenaan.