• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
Atuk 89 Tahun Masih Aktif Sukan Lasak Mendaki

Atuk 89 Tahun Masih Aktif Sukan Lasak Mendaki

June 10, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Join @goodnewsbrigade on Telegram

Seorang pendaki veteran, Marcel Remy membuktikan kepada dunia bahawa susuk tubuh berusia 98 tahun sepertinya masih mampu melakukan sukan ekstrem.

Remy yang berasal dari Switzerland itu sehingga hari ini masih aktif melakukan aktiviti sukan lasak berkenaan pada usia hampir 100 tahun, yang tidak mampu dilakukan oleh manusia lain yang seusia dengannya.

Pada tahun 2017 yang lalu, Remy dilapor membuat pandakian yang mengejutkan apabila berjaya menawan Miroir de l’Argentine, sebuah dinding batu kapur berketinggian 500 meter dengan usianya 94 tahun ketika itu.

Tidak hanya terhenti di situ, Remy kemudiannya memanjat tembok tiruan di Villeneuve iaitu salah satu tembok terbesar di Switzerland.

Pada usia sepertinya, adalah mustahil bagi mana-mana individu untuk membuat aksi berkenaan namun, Remy dengan tenang berjaya menghabiskan pendakian tembok berkenaan dengan bimbingan daripada anaknya, Claude.

Sukan ekstrem berkenaan sudah menjadi darah daging Remy sejak diawal usianya, dan sering meluangkan masa dengan Claude dan seorang lagi anak lelakinya, Yves dengan membawa mereka ke kawasan pergunungan.

Claude berkata, ramai orang yang terkejut apabila mengetahui usia bapanya yang masih mampu melakukan aktiviti lasak berkenaan.

“Bapa saya adalah seorang yang lasak. Dia mempunyai ketahanan yang tinggi dalam menempuh apa saja kesukaran,” katanya.

Claude dan Yves, 65, adalah pendaki yang dikenali dalam dunia sukan lasak itu dan kisah kejayaan mereka pernah dimuatkan dalam majalah pendakian Perancis, Grimper.

Hingga saat ini, Remy masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti dari mendaki.

Post Views: 724
Tags: climbinghikingMarcel Remy
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

July 22, 2022

         Thanks...

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

July 19, 2022

          ...

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

July 18, 2022

          ...

World’s highest fire station to be built on Mount Kinabalu

World’s highest fire station to be built on Mount Kinabalu

July 15, 2022

         The...

New approaches sought to tackle literacy rate in country

New approaches sought to tackle literacy rate in country

July 5, 2022

          The...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next