• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Australia buka sempadan selepas 2 tahun sekatan ketat

Australia buka sempadan selepas 2 tahun sekatan ketat

February 8, 2022 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Australia akan membuka semula sempadannya kepada pelancong mulai 21 Februari, umum Perdana Menteri Scott Morrison hari ini, menamatkan beberapa sekatan pandemik yang paling ketat dan paling lama di dunia.

“Sudah hampir dua tahun sejak kami mengambil keputusan untuk menutup sempadan ke Australia,” kata Morrison selepas mesyuarat Kabinet berkaitan keselamatan negara.

Beliau mengumumkan sempadan akan dibuka semula kepada semua pemegang visa pada 21 Februari tahun ini, sambil menambah:

“Jika anda diberi vaksin dua kali, kami berharap dapat mengalu-alukan anda kembali ke Australia.”

Sempadan Australia ditutup pada Mac 2020 dengan harapan dapat melindungi benua pulau itu daripada wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Selama tempoh itu, warga Australia dilarang keluar dan hanya segelintir pelawat diberikan pengecualian untuk masuk.

Sekatan dikenakan sebelum ini menyebabkan puluhan ribu rakyat Australia terkandas di luar negara, menghancurkan industri pelancongan bernilai berbilion dolar, dan sering menimbulkan perdebatan sengit berhubung status

Australia sebagai negara moden, terbuka dan berpandangan jauh.

Bagi setiap bulan penutupan sempadan dilaksanakan kos perniagaan yang ditanggung adalah kira-kira AS$2.6 bilion, menurut Dewan Perniagaan dan Industri Australia.

Bagaimanapun, dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan, sekatan mula dilonggarkan secara beransur-ansur untuk warga Australia, penduduk tetap dan pelajar.

Keputusan terkini akan menyaksikan hampir semua sekatan akan ditarik balik.

Hampir 95 peratus daripada populasi Australia berumur 16 tahun ke atas sudah menerima lengkap dua dos vaksin COVID-19 dan hampir sembilan juta individu pula menerima dos penggalak. – Agensi

Post Views: 175
Tags: Australiacovid-19pelancongansekatan ketat
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 700 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

May 9, 2022

         Gambar...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next