• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022 Posted by haizal.y BM, Education & Careers, Featured, Latest News, News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sebagai sebuah institusi pendidikan yang lengkap dengan pelbagai teknologi terbaik dalam sistem pembelajarannya, BAC Education hari ini menerima kunjungan hormat daripada wakil salah sebuah syarikat elektronik terkemuka di dunia, Sharp.

Delegasi Sharp Corp yang hadir hari ini terdiri daripada Encik Yoshihiro Hashimoto, Pengarah Urusan Eksekutif Kanan merangkap Ketua Sharp Corp Asia, bersama Encik Ting Yang Chung, mewakili Sharp Electronics Malaysia Sdn Bhd yang disambut oleh Pengarah Urusan BAC Education, Raja Singham.

 

Majlis apresiasi ringkas yang diadakan di BAC hari ini menunjukkan bahawa penggunaan teknologi baharu dalam sistem pendidikan yang diguna pakai BAC, berjaya mendorong institusi tersebut mendepani cabaran norma baharu akibat pandemik Covid-19.

Yoshihiro Hashimoto berkata, sebagai sebuah syarikat yang sudah bertapak di Malaysia sejak sekian lama, Sharp Corporation berpendapat Covid-19 yang telah memberikan kesan terhadap kehidupan termasuk pendidikan, pendidikan pintar merupakan aspek yang diberi perhatian di Sharp Corporation.

“Kanak-kanak merupakan harta tidak ternilai justeru, penggunaan teknologi dalam pendidikan pintar adalah menjadi perhatian, dan ini merupakan kerjasama yang bagus (antara BAC – Sharp),” katanya.

Sementara itu, BAC Education meruapakan institusi pendididkan yang menggunakan Interactive Whiteboard (IWB) daripada Sharp yang secara paling meluas dalam sistem pembelajarannya, menjadikan BAC sebagai pelanggan dan pengguna IWB terbesar Sharp.

Sebelum kemunculan Covid-19 yang menjadi pendemik di seluruh dunia, BAC telah menggunakan sebanyak empat unit IWB dalam sistem pembelajarannya bagi memenuhi, melengkapi serta memantapkan kelas interaktif yang dijalankan di institusi tersebut.

Pengarah Urusan BAC Education, Raja Singham memaklumkan penggunaan IWB dalam sistem pembelajaran di BAC dipertingkatkan daripada empat unit kepada hampir tiga puluh unit sehingga kini yang berjumlah hampir RM1 juta.

“IWB ini meruapkan salah satu teknologi yang digunakan untuk menjalankan fungsi kelas hybrid di BAC. Kita menggunakan empat unit IWB namun, sejak pandemik melanda, kita dapati yang ianya merupakan satu keperluan dan kita memutuskan untuk membeli unit yang lain bernilai hampir sejuta (RM).

“Untuk IWB iniia mempunyai kamera, aplikasi dan sebagainya yang terdapat pada setiap unit segalanya membantu pensyarah menjalankan sesi pembelajaran jadi, ini merupakan satu teknologi yang sangat diperlukan ketika ini terutama dalam norma baharu untuk pendidikan bahkan untuk masa depan.

“Dan, IWB ini merupakan salah satu teknologi di samping teknologi lain yang kita gunakan dan apabila ianya digabungkan maka  satu kaedah baharu pembelajaran dapat kita gunakan,” katanya kepada Goodnews.

Post Views: 179
Tags: bac collegeeducationInteractive WhiteboardIWBSharp Corporation
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 738 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next