• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Balai Bomba tertinggi di dunia bakal dibina di Gunung Kinabalu

Balai Bomba tertinggi di dunia bakal dibina di Gunung Kinabalu

January 27, 2022 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Selepas mencatat rekod memiliki peti pos tertinggi di Malaysia di Panalaban, Gunung Kinabalu bakal melakar satu lagi sejarah apabila balai bomba tertinggi di dunia bakal beroperasi di puncak itu tidak lama lagi.

Dengan ketinggian 3,382.2 meter dari paras laut, balai bomba atau pusat operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat (Mosar) bakal diwujudkan di bekas bangunan asrama penginapan di Gunting Lagadan Hut, Gunung Kinabalu yang dikosongkan sejak Jun 2015 susulan gempa bumi.

Menurut Harian Metro, apabila beroperasi nanti, pusat operasi itu akan menjadi satu-satunya balai bomba di kawasan altitud tinggi di Malaysia dan pusat operasi menyelamat di gunung yang pertama di dunia dikendalikan sepenuhnya kerajaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan berkata Mosar ditubuhkan pada 5 Jun 2015 susulan gempa bumi di Gunung Kinabalu, namun tiada bangunan khas yang sesuai dengan keperluan operasinya.

Sepanjang tempoh lebih enam tahun lalu, beliau berkata pasukan Mosar terpaksa menumpang di bilik penginapan di Panalaban sedangkan keanggotaan kini telah bertambah sehingga 42 anggota.

Pasukan itu berperanan untuk operasi kecemasan dan bencana di sepanjang laluan ke puncak gunung tertinggi di Malaysia itu.

“Kami ada melakukan tinjauan ke tempat penginapan Mosar di Panalaban dan ia kurang sesuai dan perlu penambahanbaikan.

“Oleh itu, berdasarkan perbincangan awal bersama Taman-Taman Sabah (TTS), mereka cadangkan supaya Gunting Lagadan Hut dijadikan lokasi pusat operasi Mosar.

“Bagaimanapun ada beberapa perkara yang kami kena semak lagi dari segi keselamatan dan aset atau pergerakan yang mana perbincangan lanjut akan diadakan dengan TTS,” katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Pada 22 Januari lalu, Farhan dan Ketua Zon 3 Kudat, Penguasa Bomba Sahidih Mahali bersama 15 pegawai dan anggota melakukan pendakian untuk memantau gerak kerja Mosar di Gunung Kinabalu

Post Views: 222
Tags: Balai BombaGunung Kinabalu
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 701 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

May 9, 2022

         Gambar...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next