• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Bank makanan BAC kumpul RM1.35 juta bantu golongan terjejas

Bank makanan BAC kumpul RM1.35 juta bantu golongan terjejas

August 27, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bank makanan kelolaan Brickfields Asia College Education Group’s (BAC), FreeMakan.com, berjaya mengumpul sejumlah RM1.35 juta dalam usahanya membantu menyediakan makanan kepada puluhan ribu keluarga yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, Pengerusi BAC Raja Singham berkata, lebih banyak dana diperlukan berikutan permintaan bantuan daripada keluarga terdesak yang memerlukan bantuan ekoran kehilangan sumber pendapatan sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak berbulan lepas.

Ketika bank makanan menyasarkan untuk mengumpul RM1.5 juta bagi membantu seramai 30,000 keluarga memerlukan Raja berkata, lebih daripada 20,000 isi rumah sudah menerima bakul makanan melalui FreeMakan bersamaan lebih dua juta hidangan untuk 85,000 orang di seluruh negara.

Bakul makanan ini dihantar kepada keluarga memerlukan di Lembah Klang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Johor dan Sabah.

Ia termasuk 202 keluarga di Pulau Gaya, Sabah selain turut diagihkan kepada masyarakat Orang Asli di Johor dan Selangor.

“Mereka antara golongan yang masih belum menerima apa-apa bantuan. Permohonan untuk bantuan juga datang daripada pelarian dari semua komuniti, pendatang, pekerja tanpa dokumen dan golongan tanpa negara.

“Awal minggu ini, kami sudah menghantar 200 bakul makanan bagi membantu mangsa banjir di Gurun dan Yan di Kedah dan memberikan maklum balas kepada artikel yang disiarkan FMT dengan mengagihkan 200 bakul makanan di Panorama Lapangan Perdana di Ipoh,” katanya.

BAC-Freemakan-emel-pic-260821-2.jpg

Antara yayasan dan organisasi yang menyumbang kepada FreeMakan adalah Creador Foundation, SPARK Foundation of Heineken, Perlis Plantations Berhad, CSR Sugar, Nestle Malaysia, Affin Hwang Capital, Adenland Group, MyTukar, MMA Wilayah, Enya, Aroma Flour, F&N, Comvita dan Kolej Brickfields Asia.

Sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang menyokong dengan memberikan bantuan kepada keluarga yang memerlukan ini, Raja memohon supaya lebih banyak organisasi menyalurkan sumbangan kerana masih banyak permohonan untuk mendapatkan bantuan diterima pihaknya.

“Kami akan meneruskan usaha ini untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan lagi kerana kes Covid-19 masih sangat tinggi setiap hari,” katanya.

Mereka yang berminat menyumbang makanan atau barangan lain ke bank makanan boleh melayari laman sesawang disini.

Sementara itu, mereka yang ingin menyumbang bantuan kewangan boleh menyalurkan sumbangan mereka kepada Make It Right Movement Sdn Bhd (RHB Bank 21219800040683).

Bagi transaksi pindahan wang melalui bank, sila nyatakan “Hentikan Kelaparan” pada sumbangan dan kirim bukti sumbangan ke emel donations@giveback.my atau melalui WhatsApp ke 014 2315528.

Post Views: 396
Tags: BACbakul makananfood bankFreeMakan
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next