• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Bantuan kecemasan RM1,000 untuk mangsa tanah runtuh Janda Baik 

Bantuan kecemasan RM1,000 untuk mangsa tanah runtuh Janda Baik 

May 12, 2022 Posted by haizal.y BM, Featured, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kerajaan akan memberi bantuan kecemasan RM1,000 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam tanah runtuh disebabkan kejadian kepala air di Janda Baik di Bentong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan itu bertujuan meringankan beban mereka yang telibat akibat kerosakan peralatan rumah.

Menurutnya, bantuan itu akan disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama Setiausaha Politiknya dalam masa terdekat.

“Saya kini berada di Amerika Syarikat untuk menghadiri tugas rasmi iaitu Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat di Washington DC.

“Saya difahamkan kejadian berlaku akibat hujan lebat pada awal pagi tadi di kawasan hulu (kawasan gunung Nuang) mengakibatkan fenomena kepala air.

“Penduduk terbabit dalam keadaan selamat dan ramai yang sudah pulang untuk mengemas rumah. Saya menasihatkan agar penduduk sentiasa berhati-hati kerana walaupun keadaan air sungai sudah kembali surut namun ia masih agak deras dan keruh,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada agensi penyelamat yang menghulur tenaga membantu kesemua mangsa yang terlibat.

Semalam hujan lebat selama tiga jam di kawasan hulu sehingga mengakibatkan limpahan air sungai berhampiran antara faktor utama banjir kilat di Janda Baik.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata faktor lain pula susulan daripada keadaan sungai yang cetek disebabkan banjir besar pada 17 Disember lalu.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi semalam, 42 keluarga terpaksa berpindah ke kawasan selamat selepas dilanda banjir kilat membabitkan beberapa kampung sekitar Janda Baik.

Antara kampung terjejas teruk termasuklah Kampung Sum Sum, Kampung Pulau Santap dan Kampung Chemperoh.

Post Views: 55
Tags: BanjirBantuan KecemasanJanda BaikTanah Runtuh
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 738 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next