• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Bekas pesakit Covid-19 doa frontliners lebih kental dan tabah

Bekas pesakit Covid-19 doa frontliners lebih kental dan tabah

January 28, 2022 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ramai menghargai khidmat petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19 terutama warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun ada juga yang sebaliknya.

Ucapan terima kasih dilihat mampu membuatkan benteng pertahanan kesihatan negara itu berasa segala usaha dan perkhidmatan diberikan dihargai.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus, berkata warga KKM bukan mengharapkan pujian melangit namun tidak juga rela dikeji dan dihina.

Berkongsikan surat penghargaan diterima daripada seorang pesakit Covid-19 yang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh, Dr Nor Azimi berpendapat ucapan itu mampu menggembirakan hati warga hospital berkenaan.

“Kali ini saya berkongsi surat penghargaan dari seorang pesakit kepada warga HOSHAH, Temerloh. Tentu sekali surat ini membuat hati mereka berbunga bunga.

“Mereka tidak pernah mengharap pujian melangit namun tidak juga rela dikeji dan dihina. Mereka berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik.

“Saya yakin ramai pesakit menghargai perkhidmatan warga KKM, walaupun ada juga terluka dengan mereka yang ‘terbabas’,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang menghantar surat penghargaan berkenaan.

“Terima kasih En Pesakit kerana surat Tuan membuat mereka senyum seharian. Hilang terus rasa gundah gulana,” katanya.

Berdasarkan surat yang dikongsikan itu, pesakit berkenaan yang juga seorang pesara guru memberitahu dirawat di HOSHAS dari 27 November 2021 hingga 31 Disember lalu.

“Tahniah saya ucapkan kepada pihak HOSHAS kerana mampu menyediakan pasukan khas perawat Covid-19 yang telah berjaya memberikan khidmat cemerlang dan layanan kelas pertama kepada saya.

“Sehubungan itu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tuan puan ketika merawat saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budi baik tuan puan,” tulisnya.

Post Views: 200
Tags: covid-19frontliners
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 700 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

May 9, 2022

         Gambar...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next