Sebuah kereta Bentley edisi khas yang direka dengan kerjasama artis terkenal, Sir Peter Blake dilaporkan bakal dijual pada harga £400,000 (RM2.27 juta).
Memetik Daily Mail, Sir Peter Blake yang terkenal selepas mereka bentuk kulit album Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band 1997 yang diterbitkan oleh The Beatles, sebuah kumpulan rock terkenal Britain.
Pada 2016, Sir Peter beralih kepada mencipta reka bentuk kereta Bentley yang berwarna-warni, Continental GT V8 S Convertible yang telah dibeli dengan harga £250,000 (RM1.42 juta).
Harga kereta tersebut kini boleh mencecah dua kali ganda apabila dijual di syarikat pelelong Bonhams pada 3 Mac akan datang.
Ia disembur dengan warna-warna yang terang dengan satu lukisan hati berwarna merah dilukis diatas bonetnya yang berwarna kuning.
Tandatangan pereka itu dilakar pada ruang papan pemuka (glove board) dan di kusyen kepala pada setiap tempat duduk.
Kereta itu mempunyai enjin 552 kuasa kuda dengan kelajuan tertinggi 321.87 km/j – Agensi