Tindakan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Kumpulan Pos Malaysia Berhad,
turun padang bertugas sebagai posmen mencuri perhatian wargamaya.
Meskipun baru lebih sebulan bertugas, bos besar Pos Malaysia itu tidak segan silu turun ke lapangan bagi merasai sendiri cabaran dan kesukaran tugas sebagai posmen
Menerusi hantaran dalam akaun sosial rasmi syarikat itu, beliau yang berasal dari Britain kelihatan tidak kekok menjalankan tugas sebagai posmen Pos Laju di sekitar Kuala Lumpur.
“Terima kasih kerana sudi memilih Pos Malaysia sebagai rakan kurier anda. Kami bersyukur menerima tiga kali ganda lebih daripada kebiasaan ketika Kempen Jualan 9/9 lalu,” katanya.
Brewer memang tidak asing dalam mengendalikan syarikat kurier kerana memiliki pengalaman 34 tahun mengendali operasi syarikat kurier terkemuka antarabangsa, DHL yang berpusat di Jerman.
Menurutnya, beliau memang sudah biasa dengan suasana negara ini apatah lagi isterinya, June adalah warga Malaysia serta dua anaknya, Ella dan Henry menetap di ibu negara.
Dalam video berdurasi tiga minit yang menerima hampir 9,000 tanda suka itu memaparkan keceriaan Brewer memunggah barangan di Pusat Pos Laju Brickfields.
Beliau yang memasukkan kesemua bungkusan dengan berhati-hati ke dalam sebuah van telah mengikuti pemandu van Pos Laju itu ke rumah pelanggan.
Kelihatan beberapa pelanggan terkejut kerana tidak menyangka bos besar Pos Malaysia sanggup turun padang untuk menyerahkan sendiri barangan kepada mereka.
Menariknya, Brewer, 56, tampil bersahaja dengan berkata, “Maaf, saya cuma pekerja baharu.”
Video itu juga memaparkan Brewer komited menyelesaikan tugasnya sebagai posmen walaupun beliau sendiri terpaksa ke tingkat 32 sebuah apartmen untuk menyerahkan barangan pelanggan.
Beliau yang memulakan karier sebagai pekerja kurier syarikat DHL pada 1984 ketika berusia 19 tahun itu, menggantikan Syed Md Najib Syed Md Noor yang berundur pada 1 Jun lalu
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”