Lagenda badminton, Datuk Lee Chong Wei dalam ucapan menyambut Ramadan kepada seluruh muslimin dan muslimat, mengajak golongan bukan Islam agar memberi penghormatan kepada rakan-rakan umat Islam sepanjang bulan suci itu.
Beliau juga berhadap agar bulan Ramadan yang suci itu memberi rezeki dan kekuatan baharu kepada semua, terutama ketika negara beransur ke Fasa Peralihan Endemik.
“Marhaban Ya Ramadan, selamat menjalani ibadat puasa. Kepada non muslim, jom kita sama-sama memberi penghormatan kepada kawan-kawan kita yang menunaikan ibadat puasa.
Saya pun sudah berpesan kepada Kingston (anaknya) agar lebih bertolak ansur dengan kawan-kawan Melayu kelas dia terutama sesi rehat di sekolah,” tulisnya di Facebook.
Chong Wei turut berkongsi kisah lucu selepas beliau dan isteri, Datin Wong Mew Choo membeli kurma untuk rakan-rakan Muslim sebagai santapan berbuka puasa.
“Semalam baru beli, saya pun letaklah atas meja makan. Kurma tu dalam kotak. Tiba-tiba Kingston muncul. Aku masa tu tengah baca berita kat telefon, sambil minum Teh Bawangchaji.
“Kingston tiba-tiba tanya dalam English. Jarang dia pakai English.
Kingston: “Papa, can I have a date?”
Tersembur teh aku. “You are too young to have a date!! Anyway pretty or not first?“
Kingston : “Erm, skin a bit crumbled“
Me : “Alamak old lady ka?”
Kingston : “What old lady, I mean the date in the box.”
Baru then I tahu I dah dimalukan apabila I baca kotak kurma tu tertulis “Medjoul Dates”.