Malaysia mencatat kes jangkitan baharu Covid-19 kembali ke angka 10,000 dengan 10,959 kes direkodkan hari ini.
Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 2,209,194.
Hanya dua negeri sahaja mencatatkan kes jangkitan empat angka hari ini, dengan Sarawak menjadi negeri tertinggi iaitu 2,723, diikuti Johor dengan 1,226.
Beberapa negeri lain turut mencatatkan penurunan kes ketara termasuk, Kelantan 983 kes berbanding 1,206 kes semalam, serta Selangor 979 berbanding 1,558 kes semalam.
Diikuti, Pulau Pinang 793 kes, Sabah (751), Pahang (739), Perak, (713) dan Terengganu Terengganu (691).
Sementara itu, Kedah mencatat 660 kes, Melaka (346), Kuala Lumpur (176) dan Negeri Sembilan 110 kes.
Manakala, Perlis mencatat 51 kes dan Putrajaya (18). Sementara Labuan mencatat sifar kes.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”