• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
Dari Bidang Kejuruteraan, Kini Bergelar Tauke Roti

Dari Bidang Kejuruteraan, Kini Bergelar Tauke Roti

June 18, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Join @goodnewsbrigade on Telegram

Kadar pengangguran yang semakin meningkat saban hari kesan dariapda pandemik Covid-19 yang masih belum ada tanda-tanda untuk reda banyak memberikan kesan terhadap kehidupan seharian kita.

Pelbagai bidang, sektor dan industri mengalami kerugian besar yang terpaksa menghentikan operasi disamping banyak yang terpaksa mengurangkan tenaga kerja mereka kesan dariapda pandemik ini.

Termasuklah, Ridzuan Jamal, terpaksa meninggalkan pekerjaannya sebagai jurutera penyelia kemudiannya menjual roti dari but kereta sejak tahun lalu.

Kini, beliau mampu memberikan peluang pekerjaan kepada ramai insan yang terkesan dengan krisis yang melanda dunia ini.

Anak kelahiran Sabah berusia 28 tahun itu menyatakan bahawa beliau kini memperolehi cukup modal untuk membuka kedai roti selepas perniagaan beliau menjual roti berharga satu ringgit mendapat pelbagai liputan sebelum ini.

Di sekitar Penampang dan Putatan, Sabah, beliau berjaya menjual sekitar 1,000 roti setiap hari menjadikan pendapatan beliau melebihi daripada apa yang diperolehinya sebelum ini.

“Sekarang, kedai roti saya mempunyai sembilan pekerja yang baru-baru ini kehilangan pekerjaan, dan juga anak-anak yang baru menamatkan pelajaran.

“Terdapat juga tiga pelajar sekolah menengah yang bekerja sebagai pekerja separuh masa untuk membantu ibu bapa mereka yang pendapatannya terjejas oleh wabak itu, selain mendapat pengalaman kerja,” katanya seperti dilapor The Star semalam.

Ridzuan menyatakan bahawa gaji pokok pekerjanya antara RM900 hingga RM1,200.

Usahawan yang baru mendirikan rumah tangga ini memberi tumpuan untuk mengembangkan perniagaannya dan merancang untuk menambah pekerja yang lebih banyak di masa akan datang.

Hari ini, Ridzuan mempunyai lapan ejen untuk membuat jualan di sekitar Sepanggar, Inanam, Kota Kinabalu, Putatan, Papar, Kinarut, Kimanis dan Telipok dan mahu mengembangkan lagi perniagaannya ke tempat lain.

“Saya bertumpu untuk memiliki sebanyak mungkin ejen untuk merangkumi lebih banyak daerah dari Tuaran hingga Menumbok.

“Oleh itu, saya memerlukan lebih banyak orang untuk meningkatkan bekalan untuk membantu orang lain bertahan melalui pekerjaan dan penjualan terutama semasa perintah kawalan pergerakan sekarang,” katanya.

Post Views: 439
Tags: juruterakedai rotisabahan
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Yang di-Pertuan Agong Conferred Turkey’s Highest Award by President Erdogan

Yang di-Pertuan Agong Conferred Turkey’s Highest Award by President Erdogan

August 17, 2022

         By...

STPM results out on August 18

STPM results out on August 18

August 12, 2022

...

Working Hours to be Reduced from September 1st

Working Hours to be Reduced from September 1st

August 10, 2022

         By...

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

July 22, 2022

         Thanks...

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

July 19, 2022

          ...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next