• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
Dari Padang Pasir, Arab Saudi Bakal Jadi Negara Hijau?

Dari Padang Pasir, Arab Saudi Bakal Jadi Negara Hijau?

May 10, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Join @goodnewsbrigade on Telegram

Terletak di benua Arab, Arab Saudi yang merupakan salah satu negara padang pasir, bakal menjadi negara hijau.

Negara pengeluar minyak mentah itu bakal menjana sekurang-kurangnya 50 peratus tenaga dengan menggunakan bahan terbaru pada tahun 2030 dan menanam sebanyak 10 bilion pokok dalam beberapa dekad akan datang.

Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman bergambar di tangga nombor 10 Downing Street pada 7 Mac 2018 di London, England

Perkara tersebut diumumkan oleh Putera Mahkota, Mohammed Bin Salman dalam satu kenyataan.

With the help of environmental mechanisms & dedicated units, such as the Special Forces for Environmental Security, 14% of Saudi’s land is now under protection. Under the #SaudiGreenInitiative, this will grow to 30%. https://t.co/TxJi1rsht2 pic.twitter.com/O121E6eOhO

— Saudi Green Initiative (@Gi_Saudi) May 3, 2021

Mohammed menggumumkan dua inisiatif yang menjadi pemangkin kepada projek tersebut iaitu The Saudi Green Initiative dan The Middle East Initiative sebagai dua inisiatif yang membawa perubahan kepada lanskap dan geografi negara timur tengah tersebut, sebagai alternatif kepada kebergantungan terhadap terhadap minyak.

Dua inisiatif ini juga bertujuan untuk mengetengahkan kerajaan Arab Saudi dalam usaha melindungi planet ini dalam menangani isu perubahan iklim.

“Sebagai pengeluar minyak global yang terkemuka, Kerajaan sepenuhnya mengakui bahagian tanggungjawabnya dalam mempertingkatkan usaha melawan krisis prubahan iklim.

“Sama seperti Kerajaan yang mendukung pasaran tenaga selama era minyak dan gas, inisiatif ini akan jadi pemacu global dalam membangunkan dunia yang lebih hijau,” kata Putera Mahkota dalam sebuah pernyataan.

Beliau turut memaklumkan, krisis perubahan iklim ini turut mempengaruhi ekonomi global, termasuk Arab Saudi. 

Dianggarkan, Arab Saudi mengalami kerugian sekurang-kurangnya USD 13 Bilion akibat ribut pasir setiap tahun sementara kesan rumah hijau dianggarkan telah mengurangkan jangka hayat Arab Saudi sebanyak 1.5 tahun.

Berikut merupakan inisiatif yang telah digariskan:

Penanaman 10 juta pokok dalam masa beberapa dekad akan datang, mampu memulihkan sekitar 40 juta hektar tanah yang rosak.

Naikkan peratusan kawasan perlindungan lebih daripada 30% dari keseluruhan daratan, yang mewakili kira-kira 600,000 kilometer persegi, melebihi sasaran global semasa 17%.

Mengurangkan pelepasan karbon dengan lebih daripada 4% daripada global, dengan menjana 50% tenaga dari bahan terbaru pada tahun 2030, yang dianggarkan dapat menghilangkan lebih dari 130 MT pelepasan karbon dan meningkatkan kadar pengalihan sampah dari tempat pembuangan sampah mencapai 94%.

Inisiatif Hijau Timur Tengah bekerjasama dengan negara-negara jiran dan saudara dari negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan negara-negara Timur Tengah akan menanam tambahan 40 bilion pokok di Timur Tengah. Program penanaman pokok sebanyak 50 bilion adalah program penghutanan semula hutan terbesar di dunia.

Projek ini, akan memulihkan kawasan setara dengan 200 juta hektar tanah yang termendap, mewakili 5% daripada sasaran global menanam 1 Trilion pokok dan mengurangkan 2.5% tahap karbon global.

Putera Mahkota menekankan bahawa kedua inisiatif itu merupakan kelanjutan dari usaha  dariapda Kerajaan selama beberapa tahun kebelakangan ini.

“Ini adalah kesaksian tentang keinginan serius kerjaan untuk mengatasi masalah yang dihadapinya, mulai dari kenaikan suhu dan gelombang debu hingga hujan.

Langkah itu disambut dengan pujian yang pantas, di peringkat global.

I congratulate Saudi Arabia ?? for the new Saudi Green Initiative and the Green Middle East Initiative that aim at planting 50 billion trees in the region.

We need #climate action from all in the?. I look forward to seeing these efforts reflected in ambitious #NDCs.

— Patricia Espinosa C. (@PEspinosaC) March 30, 2021

Am delighted to learn of "Green Saudi Arabia" & "Green Middle East " initiatives by my brother, His Royal Highness Crown Prince Mohammed bin Salman! Have offered our support on these as there are many complementarities with our "Clean & Green Pakistan" & "10 Billion-Tree Tsunami. pic.twitter.com/ExHSS8DUVh

— Imran Khan (@ImranKhanPTI) March 29, 2021

#SriLanka congratulates the Kingdom of #SaudiArabia’s “Saudi Green” and “Middle East Green” Initiatives, which call for regional cooperation to tackle the #environmental challenges facing Saudi Arabia and the wider region. ??|??

➡️ https://t.co/09b1E8YTW5@KSAMOFA

— MFA SL ?? (@MFA_SriLanka) May 7, 2021

Post Views: 581
Tags: arab saudiputera mohammedrumah hijau
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

STPM results out on August 18

STPM results out on August 18

August 12, 2022

...

Working Hours to be Reduced from September 1st

Working Hours to be Reduced from September 1st

August 10, 2022

         By...

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

July 22, 2022

         Thanks...

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

July 19, 2022

          ...

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

July 18, 2022

          ...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next