Jutawan Elon Musk memberikan kejutan dalam rancangan Saturday Night Live (SNL) yang ditunggu-tunggu oleh ramai pihak itu.
Dalam monolog pembukaannya, beliau memberitahu bahawa beliau merupakan orang pertama dengan sindrom Aspeger yang menjadi pengacara rancangan tersebut, sebelum beliau memulakan jenakanya yang disiarkan secara langsung oleh NBC Universal.
Elon Musk menjadikan dirinya sendiri sebagai subjek jenaka dalam penampilan sulungnya pengendalikan SNL.
Untuk rekod, Sindrom Aspeger merupakan suatu keadaan spektrum autisme dengan kesulitan berinteraksi dengan sosial, dan kadang-kadang disebut sebagai autisme fungsi tinggi.
Sepanjang rancangan berjalan, Musk kerap menjadikan dirinya sebagai bahan jenaka termasuk hobinya yang selalu memuat naik hantaran provokatif di Twitter.
“Kepada sesiapa yang saya singgung, saya hanya mahu beritahu, saya membuat kembali kereta elektrik dan mahu menghantar orang ke Marikh dengan roket. Adakah anda rasa saya merupakan orang biasa? ujar Elon Musk.
Dalam penampilan itu juga, Musk menjemput ibunya untuk tampil dan membuat jenaka tentang mata wang kripto, Dogecoin, yang menjadikan dirinya dikenali sebagai ‘Dogefather’.
Nilai Dogecoin melonjak naik sejak berita Elon Musk bakal tampil di rancangan SNL.
Terdahulu, video promosi Elon Musk berkenaan Cybertruck menjadi tular di media-media sosial dan menarik perhatian ramai pihak.