• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
Disangka Berlian Rupanya Kuarza Kristal

Disangka Berlian Rupanya Kuarza Kristal

June 30, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Join @goodnewsbrigade on Telegram

Hanya kerana batu misteri menyebabkan ribuan penduduk menggali tanah untuk mendapatkannya di sebuah kawasan lereng bukit di timur Afrika Selatan baru-baru ini.

Namun begitu, usaha tersebut ternyata sia-sia apabila batu yang disangka berlian sebenarnya ialah batu kuarza kristal.

Memetik media antarabangsa, kuarza adalah sejenis galian tidak berwarna yang terdiri daripada silika dioksida dan wujud dalam bentuk hablur serta lutsinar.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan tempatan di negeri itu juga telah mengesahkan batu misteri tersebut adalah jenis batu kuarza kristal.

Ia setelah satu pasukan pakar-pakar perlombongan dan sains geologi mengambil sampel-sampel batu itu untuk tujuan penyelidikan bagi memastikan batu-batu tersebut ialah berlian.

“Ujian yang dilakukan secara konklusif mendedahkan bahawa batu-batu yang ditemui di kawasan tersebut bukanlah berlian.

“Secara faktanya apa yang ditemui (dalam penyelidikan itu) hanyalah kuarza kristal,” kata keterangan dalam kenyataan itu.

Nilai batu kuarza itu di pasaran adalah lebih rendah berbanding dengan berlian.

Hasil penyelidikan itu sedikit sebanyak menjejaskan harapan ribuan penduduk miskin yang sanggup pergi ke kawasan lereng bukit tersebut di wilayah KwaZulu-Natal dua minggu lalu bagi menggali 

tanah untuk mencari baru-batu itu yang disangka sebagai berlian.

Penemuan batu yang disangka berlian itu pertama kali ditemui oleh seorang penggembala kambing sebelum berita tersebut tersebar dengan cepat di Afrika Selatan.

Lokasi menggali kuarza itu terletak lebih 300 kilometer ke tenggara Johannesburg.

Ianya terletak berhampiran batuan gunung berapi dikenali sebagai dolerit dan bukannya berada di zon tanah yang mengandungi berlian. 

Post Views: 508
Tags: Afrika Selatanbatu kuarzaberlian
Share
1

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

July 22, 2022

         Thanks...

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

July 19, 2022

          ...

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

July 18, 2022

          ...

World’s highest fire station to be built on Mount Kinabalu

World’s highest fire station to be built on Mount Kinabalu

July 15, 2022

         The...

New approaches sought to tackle literacy rate in country

New approaches sought to tackle literacy rate in country

July 5, 2022

          The...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next