Seorang doktor di sebuah hospital di Kuala Lumpur menceritakan tentang seorang warga emas yang dijangkiti Covid-19 mampu sembuh daripada wabak tersebut meskipun sistem daya tahan tubuhnya yang rendah akibat penyakit lain yang dihidapi.
Melalui perkongsian di Facebook miliknya, Dr. Mimi Nashra berkongsi seorang pesakit berumur lingkungan 60-an yang menderita hypertension dan hyperlipidemia, termasuklah kebergantungannya terhadap insulin akibat menghidap diabetes, mampu pulih sepenuhnya daripada Covid-19.
Untuk rekod, Dr. Mimi memberitahu pada hantaran yang sama bahawa pesakit warga emas berkenaan telah pun melengkapkan dua dos vaksin pada bulan Jun lepas.
Namun, beliau terpaksa akur apabila disahkan positif virus tersebut.
“Sayangnya, baru-baru ini, dia dijangkiti virus Covid-19 di komuniti.
“Dia dimasukkan selama beberapa hari dengan keperluan oksigen terendah, diberikan dos steroid terendah dan lama tinggal di wad.
“Ketepuan oksigennya di bawah ruangan udatra adalah 97% hingga 98%,” katanya.
Nilai ketepuan oksigen dari 95% hingga 100% dianggap normal. Walaupun begitu, pesakit cukup kuat untuk melawan virus tersebut dan keluar dari hospital.
“Hari ini (17 Ogos), dia keluar dari wad dengan senyuman lebar! Selamat tinggal, pakcik! Kekal selamat!” kata Mimi.
Daripada perkongsian Dr.Mimi yang kini ditempatkan di Hospital Tentera Tuanku Mizan, beliau cuba menyedarkan orang awam yang percayaq bahawa vaksin adalah penawwar kepada Covid-19.
Padahal, vaksin dieperlukan oleh tubuh badan manusia untuk membentuk antibodi bagi meningkatkan daya tahan terhadap serangan virus.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”