Meskipun masih berada dalam keadaan yang masih getir dalam peperangan melawan Covid-19, masih ramai di luar sana yang masih ragu-ragu berkenaan keselamatan terhadap pengambilan vaksin.
Ia berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, sala satunya adalah dariapda laporan media yang menunjukkan sebilangan kes si penerima vaksin yang menerima kesan yang tidak dijangka.
Namun, bagi dua wanita warga emas di daerah Kapit, di Sarawak, sanggup meredah arus sungai yang deras bagi mendapatkan vaksin.
Pegawai Kesihatan Dr Marcos Popey dari Klinik Kesihatan Belaga, menceritakan berkenaan dua wanita Orang Ulu berusia masing-masing hampir mencecah 90 tahun, sanggup mengharungi sungai deras untuk tiba di pusat vaksinasi.
“Program Vaksinasi Fasa 2 di Belaga telah bermula pada 7 Mei dan pada hari pertama, dua wanita Orang Ulu tersebut yang merupakan dari etnik Punan dari Punan Biau, Belaga menarik perhatian saya.
“Cubaan mereka untuk pergi ke pusat vaksinasi bersendirian adalah usaha yang luar biasa. Mereka melakukan perjalanan dengan menaiki bot ke KK Belaga untuk mendapatkan suntikan pertama mereka.
“Ia bukanlah perjalanan yang mudah kerana hujan ketika itu dan mereka harus melalui beberapa aliran sungai yang deras untuk tiba ke pusat vaksinasi,” kata Marcos memetik laporan Malaysiakini hari ini.
Lian Jubin, 86 dan Apong Salleh, 87 melakukan perjalanan melalui cabang Sungai Rajang dan menggunakan kenderaan pacuan empat roda serta helikopter untuk memastikan penduduk di Belaga mendapat vaksin.
“Kami akan pergi ke kawasan-kawasan luar bandar di bawah daerah Belaga seperti Metalun, Tegulang, Long Jawe, Naha Jaley, Long Tanyit, Long Kajang, Long Abit, Batu Keling, Punan Busang, Lusong Laku dan Punan Bah,” katanya.
Belaga yang terletak di hulu Sungai Rajang merupakan tempat tinggal etnik Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah, Punan, Kejaman, Lahanan, Penan dan Sekapan.
Dalam laporan tersebut juga, Marcos memaklumkan kepada Malaysiakini, Jumlah populasi yang telah mendaftar dan memenuhi syarat untuk vaksinasi di daerah Belaga adalah 28,246, manakala fasa pertama program tersebut berlangsung pada 7 Mac bagi Belaga.
Sarawak berdepan dengan 207 kematian akibat Covid-19 dengan jumlah terkumpul sebanyak 34,706 kes.