Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk dilaporkan sedang merancang untuk menjual hartanah miliknya bagi membiayai penempatan sekumpulan individu yang bakal menetap di Marikh.
Mei lepas, pengasas SpaceX itu berjanji untuk menjual semua harta miliknya sebelum melancarkan sebuah koloni penduduk di Marikh menjelang 2050.
Media antarabangsa melaporkan, rumah milik bilionair terkemuka itu yang terletak di San Francisco Bay Area juga sudah disewakan.
Musk sebelum ini memaklumkan, beliau sudah menyewakan hartanah utama miliknya yang terletak di Boca Chica, Texas.
Terdahulu, Musk memberitahu bahawa beliau sudah menjual semua kediamannya.
“Program tersebut bakal memerlukan sumber yang banyak bagi membolehkan bandar diwujudkan di planet Marikh.
“Saya mahu menyumbang sebanyak mungkin kepada bandar di Marikh. Ini bermakna banyak modal diperlukan,” katanya kepada Ketua Pegawai Eksekutif Axel Springer, Mathias Dopfner dalam satu wawancara.