• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Fasa Tiga PICK Di Lembah Klang Bermula Hari Ini
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jaamaluddin ketika menerima suntikan vaksin Covid-19

Fasa Tiga PICK Di Lembah Klang Bermula Hari Ini

June 21, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, fasa ketiga bagi program berkenaan bagi kawasan Lembah Klang akan bemula pada hari ini.

Katanya, menerusi fasa berkenaan, kerajaan akan membuka kepada mereka yang telah berdaftar untuk menerima vaksinasi sejak 23 Februari lalu terutama warga emas.

“Ketetapan tersebut dibuat selepas 99 peratus warga emas di Lembah Klang dan 88 peratus di Selangor yang berdaftar untuk mendapatkan vaksin, telah menerima suntikan dos pertama atau mendapat tarikh janji temu masing-masing.

“Kita membuat keputusan mempercepatkan fasa tiga. Fasa tiga ini sebenarnya telah bermula di beberapa daerah yang lain, contohnya Putrajaya sudah bermula fasa tiga beberapa minggu lepas disebabkan warga emas di kawasan itu telah selesai disuntik.

“Daripada kita tunggu selesai 100 peratus yang berdaftar untuk mendapat suntikan vaksin, saya buat keputusan kita mulakan fasa tiga ini supaya fasa itu dapat dicepatkan.

“Mana-mana negeri yang telah mencapai 90 peratus pemberian vaksin dos pertama atau mereka yang berdaftar telah mendapat tarikh janji temu, maka kita akan buka fasa ketiga program imunisasi ini,” katanya.

Dalam masa sama, Khairy menjelaskan bahawa prestasi Malaysia dalam pemberian suntikan vaksin adalah baik jika dibandingkan dengan beberapa negara jiran, serta tidak jauh ketinggalan dengan Jepun yang merupakan negara maju di Asia.

“Sebenarnya kapasiti pemberian (suntikan vaksin) bukan masalah, tapi (masalah) ialah jadual penghantaran vaksin disebabkan vaccine inequality di seluruh dunia dan kerajaan sedaya upaya berusaha mendapatkan vaksin secepat mungkin.

“Kita akan dapat bekalan 12.8 juta dos vaksin pada Julai dan 14.4 juta pada Ogos tertakluk kepada penghantaran, ini perjanjian yang diberikan oleh pembekal dan ini akan membolehkan kita mencapai sasaran 80 peratus daripada populasi di negara ini mendapat suntikan vaksin lebih awal daripada bulan Disember,” katanya.

Post Views: 315
Tags: khairy jamaluddinPICKvaksin
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

June 21, 2022

...

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

June 14, 2022

         By:...

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next