• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Finland catat negara paling bahagia

Finland catat negara paling bahagia

March 21, 2022 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Laporan Kebahagiaan Dunia berdasarkan data penilaian kehidupan daripada tinjauan pendapat Gallup World sekali lagi meletak Finland sebagai negara paling bahagia di dunia.

Penarafan itu merupakan kali kelima Finland berjaya menduduki senarai teratas tinjauan yang dibuat badan dunia, Gallup World.

Menurut laporan CNN, Denmark berada di tangga kedua diikuti dengan Iceland pada tempat ketiga dan Switzerland di keempat dalam senarai negara paling bahagia pada tahun ini.

Belanda, Luxembourg, Sweden dan Norway masing-masing berada pada tempat kelima, keenam, ketujuh dan kelapan dalam senarai tersebut.

“Israel dan New Zealand pula menduduki tangga kesembilan dan ke-10 dalam senarai itu pada tahun ini,” kata laporan tersebut.

Jelas laporan itu, Finland dan negara jirannya iaitu Denmark, Norway, Sweden dan Iceland memperoleh markah yang baik dalam penilaian tersebut.

Laporan itu antara lain dinilai berdasarkan tahap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, jangkaan hidup, kemurahan hati, sokongan sosial, kebebasan serta kes rasuah.

Sementara itu, laporan itu menyatakan Amerika Syarikat (AS) jatuh ke tangga 16 daripada 14 sebelum ini.

“Kanada pula berada di tangga ke-15 dan United Kingdom (UK) berada pada kedudukan ke-17,” jelas laporan itu.

Post Views: 116
Tags: BahagiaFinland
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 700 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

May 9, 2022

         Gambar...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next