Foodpanda Rider Meets Kind Teacher, who Then Meets Another Kind Soul





Sekumpulan saintis menyifatkan penemuan satu set lengkap fosil di Midlands sebagai kejayaan paling terbaik dalam sejarah paleontologi Britain.

Terdahulu, Joe Davis, dari Lercestershire menemukan satu set lengkap fosil ichthyosaur berusia 180 juta tahun seberat satu tan yang juga merupakan fosil lengkap terbesar pernah ditemukan di United Kingdom.

Ichthyosaur digelar sebagai naga laut kerana memiliki gigi dan mata yang besar dan fosil pertama haiwan purba itu ditemukan oleh ahli paleontologi, Mary Anning pada awal abad ke-19.

Pakar paleontologi, Dr. Deam Lomax berkata, biarpun banyak fosil ichthyosaur sudah ditemukan di Britain, penemuan fosil terbaharu itu paling menakjubkan.

Ichthyosaur merupakan haiwan reptilia, dipercayai wujud kira-kira 250 juta tahun lalu dan pupus sejak 90 juta tahun lepas.

https://app.shorthand.com/organisations/SCxCDk8fbU/stories/JXkq1LdIZn