Banjir kilat yang memusnahkan ribuan kediaman di sekitar Lembah Klang kali ini dikatakan yang paling terburuk bagi tempoh 100 tahun.
Justeru, bagi menyahut seruan bantuan segera, FreeMakan bersama pertubuhan UPLIFT serta BAC Education Group melancarkan Kempen Bantuan Banjir Lembah Klang, dalam usaha mendekati mangsa banjir.
Pasukan Uplift dan sekumpulan sukarelawan kakitangan dari BAC Education Group telah menghantar set barangan keperluan pada 21 Disember, dan pusat perpindahan pertama yang dilawati oleh pasukan tersebut ialah SJK(T) Ladang Emerald.
Di lokasi tersebut, seramai 500 orang mangsa banjir telah diberikan makanan dan minuman seperti pisang, air mineral, Milo, minuman kotak dan lain-lain lagi.
Pasukan itu juga berjaya mendapatkan bekalan perubatan termasuk 30 unit kain kasa(perubatan) besar dan pembalut, 20 unit picagari 10cc, 3 kotak sarung tangan, 3 botol besar iodin, dua gunting, 15 gaun CPE dan 5 kotak topeng 3 lapis untuk pegawai perubatan dan sukarelawan yang merawat mangsa yang memerlukan rawatan perubatan.
Sukarelawan Uplift dan kakitangan BAC, En. Kumar Nagalingam sebelum ini kerap melakukan lawatan ke pusat perpindahan Sri Muda dan SJK(T) Ladang Emerald, menilai keperluan segera mangsa banjir, dan telah berkongsi gambar dan pengalaman keluarga yang terjejas oleh banjir.
Antara yang mencari perlindungan di sekolah itu ialah Suryani, seorang ibu muda, yang terpaksa memecah bumbung rumahnya untuk diselamatkan, bersama anaknya Muhammad Arfan yang berusia 3 tahun. Seorang lagi mangsa, Satya, bersama anak perempuannya Jayshree dan ibunya yang juga merupakan seorang warga emas terpaksa melalui ujian yang sama.
Manakala satu lagi keluarga di pusat tersebut, Mogana bersama 3 orang anaknya yang terpaksa meninggalkan rumah mereka apabila paras air mula meningkat. Kereta dan rumah satu tingkat miliknya tenggelam sepenuhnya dalam air banjir, sama seperti yang dikongsi oleh Mogana Priya, yang tidak mempunyai pilihan selain meninggalkan rumah bersama anjingnya atas sebab keselamatan.
Ini hanyalah sebahagian daripada banyak cerita yang didengari oleh Encik Kumar, semasa dia membuat tinjauan di pusat pemindahan mangsa banjir.

Suryani bersama anaknya yang berusia 3 tahun

Mogana bersama anak-anaknya
Sejak kempen berkenaan dilancarkan, individu yang baik hati telah singgah ke Brickfields Asia College PJ Campus untuk menghantar barangan keperluan untuk mangsa banjir. Pelajar, kakitangan dan sukarelawan juga telah bekerja tanpa mengenal penat lelah, bagi tujuan tersebut.
Anda juga boleh membantu dengan menderma kepada:
PERTUBUHAN BANGKIT (PERTUBUHAN UPLIFT)
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 564342627846
Untuk pindahan wang melalui bank, sila nyatakan “Banjir Lembah Klang” dan hantarkan bukti sumbangan kepada Moo di talian 014-2315528.