Tiada siapa yang pernah terbayang akan kehilangan segalanya dalam hanya satu hari. Terpaksa bergelut ketakutan ketika arus deras yang mengganas menghentam rumah kediaman, dan terpaksa memulakan kehidupan baharu.
Demikian bencana yang melanda negara hari ini, memusnahkan ribuan tempat berteduh yang tidak pernah terfikirkan oleh sesiapa yang memaksa ribuan jasad untuk dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Keadaan rumah yang musnah
Dalam keadaan tersebut, rakyat di negara ini tampil menggerakkan tenaga dan usaha bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara untuk membina semula kehidupan mereka yang turut hanyut bersama arus deras.
The Malaysia Flood Relief Drive – merupakan satu inisiatif yang digerakkan oleh FreeMakan dan UPLIFT, dengan kerjasama BAC Education telah bergegas turun memberi bantuan segera selepas menerima panggilan pertama untuk mendapatkan bantuan. Sasaran kumpulan tersebut adalah memberikan bentuan segera kepada mangsa banjir yang terkandas serta kehilangan tempat tinggal.

Sukarelawan AsiaHeroes bekerja keras ketika kerja-kerja pembersihan
Selepas mengumumkan untuk membuat kutipan dana bagi tujuan murni tersebut, kumpulan tersebut mendapat maklum balas yang sangat memberangsangkan daripada orang ramai bagi menjayakan misi berkenaan.
Di aras bawah bangunan kampus induk BAC Education yang terletak di Petaling Jaya dipenuhi dengan barangan keperluan yang disumbangkan oleh orang ramai dan syarikat-syarikat perniagaan.

Sumbangan orang awam dikumpul di kampus induk BAC Education
Tahniah dan terima kasih atas kemurahan hati para dermawan yang menjayakan usaha ini dengan kejayaan mengumpul dana sebanyak RM320,000 serta pelbagai barangan keperluan bernilai RM80,000.
Melalui sumbangan ini, pasukan FreeMakan dan UPLIFT berjaya memberikan bantuan yang sangat diperlukan kepada lebih 10,000 orang yang terkesan oleh banjir berkenaan. Pelbagai jenis barang keperluan termasuk bekalan makanan, barangan penjagaan diri, barangan tempat tidur, barangan bayi, peralatan dapur, barangan keperluan untuk pembersihan telah diagihkan kepada kumpulan keluarga di Selangor, Pahang dan sekitar Kuala Lumpur.
Ketika air banjir mulai surut di beberapa lokasi, sekumpulan sukarelawan telah digerakkan melalui inisiatif AsiaHeroes.org, sebuah portal yang memberikan tumpuan kepada kerja-kerja kesukarelawan. Sepanjang minggu lalu, kedua-dua pasukan UPLIFT dan FreeMakan telah menghantar sukarelawan mereka untuk membantu usaha pasca banjir, seperti membersihkan dan menyusun pakaian yang disumbangkan, di Kampung Tengah, Puchong dan Taman Sri Muda, Shah Alam.

Sukarelawan AsiaHeroes sebelum bertolak ke Kampung Tengah, Puchong.
Pasca banjir menyaksikan kumpulan sukarelawan telah membantu mangsa banjir membuat kerja-kerja pembersihan rumah bermula dengan mengosongkan rumah mangsa, membersihkan sampah kemudian menyuci kesan-kesan lumpur yang dibawa arus banjir.
Ketika rumah dikosongkan, peralatan rumah termasuk perabot serta pelbagai barangan lain yang rosak dilihat bertimbun menggunung di halaman kejiranan mangsa banjir. Keadaan ini menjadi kerisauan kerana boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kepada penduduk sekitar.

Sukarelawan di Sri Muda.
Pasukan berkenaan kemudiannya mula mendapatkan tong roro, jengkaut dan lori bagi membantu kumpulan sukarelawan membersihkan jalan yang telah dipenuhi timbunan sampah.
Pasukan itu mula mendapatkan tong roro, cangkul belakang dan trak untuk membantu sukarelawan membersihkan jalan dan kaki lima yang telah dipenuhi timbunan sampah.

Tong roro dan jentolak yang digunakan dalam kerja-kerja pembersihan
Dengan usaha berterusan ini, the Malaysia Flood Relief Drive telah membantu ribuan keluarga di seluruh negara membina semula kehidupan mereka. Namun, usaha tersebut pastinya tidak dpat direalisasikan tanpa sokongan padu dari anda semua.
Pasukan UPLIFT dan FreeMakan sedang mengalihkan usaha bantuan ke tahap seterusnya bagi meneruskan usaha membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja agihan barangan keperluan, menggerakkan sukarelawan serta mencari jalan lain untuk memberikan sokongan kepada komuniti yang terjejas akibat banjir.
Pasukan tersebut memerlukan dana segera untuk menyediakan barangan khusus yang diperlukan oleh mangsa banjir termasuk peralatan dapur, keperluan tempat tidur, keperluan bayi, makanan kering dan sebagainya.
Jika ana mempunyai kemampuan untuk menderma dan memberikan sumbangan dalam apa juga bentuk, lawati FreeMakan.com sekarang untuk info lanjut.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”