• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Gadis 20 tahun ambil peranan sebagai ibu, bapa jaga 4 adik

Gadis 20 tahun ambil peranan sebagai ibu, bapa jaga 4 adik

December 29, 2021 Posted by sdteam BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Selepas kedua ibu dan bapanya berpisah setahun lebih yang lepas, Nurfarra Asyikin Norazmi, 20, memainkan peranan sebagai ibu dan bapa kepada empat orang adiknya yang masing-masing berusia empat hingga 18 tahun di Kampung Pasir Puteh Tualak, Kuala Nerang.

Adik-beradik malang ini kehilangan ibu mereka, Norhashimah Abdul Majid pada 23 Jun lalu.

Adiknya, Mohd. Hafiq Ridzuan, 18; Nur Anis Amira, 15; Nuraina Amalyna, 12, dan Nurshafinas Fareha, 4, dengan tiga daripada mereka masih bersekolah.

Menurut Nurfarra Asyikin, dia kini berkhidmat sebagai anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dengan pendapatan kira-kira RM900 sebulan.

Pada awal kematian ibunya, lima beradik tersebut tinggal sementara di rumah bapa saudara mereka di kampung.

“Saya berterima kasih kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK) kerana membina rumah baharu berhampiran rumah bapa saudara saya selepas kematian ibu untuk saya dan adik-beradik tinggal bersama,” katanya.

Berita lain, di Langkawi, seorang ibu tunggal, Akma Zuraidah Md Takudin, 39, yang diarahkan keluar dari rumah sewanya Julai lalu menjadikan insiden tersebut sebagai pembakar semangat untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Kini, tukang masak di sebuah restoran di Kedawang itu memberi makan kepada empat kanak-kanak berusia lapan hingga 17 tahun di sebuah rumah sewa di Kampung Lubok Buaya.

Akma Zuraidah berkata, dia perlu berhemah dalam perbelanjaan kerana perlu membayar sewa rumah dan pelbagai bil setiap bulan.

“Pendapatan saya sebagai tukang masak hanya RM30 hingga RM45 sehari,” katanya.

Ibu tunggal itu berkata, kehidupan mereka mula dihimpit kepayahan apabila kehilangan mata pencarian selepas restoran itu ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pada masa itu, saya tidak mempunyai sebarang pendapatan dan tidak dapat membayar sewa sehingga saya diusir,” katanya.

Nurfarra Asyikin dan Akma Zuraidah menerima sumbangan daripada Jelajah Ikhlas Bersama CSR anjuran bersama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR), Era Foods MY dan Media Mulia Sdn. Bhd. (MMSB).

Post Views: 295
Tags: csrMedia Mulia
Share
0

About sdteam

This author hasn't written their bio yet.
sdteam has contributed 825 entries to our website, so far.View entries by sdteam

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

June 21, 2022

...

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

June 14, 2022

         By:...

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next