Selebriti media sosial Belanda dengan sindrom down, dipilih menjadi model muka depan untuk majalah terkemuka.
Enya, 26, yang menggunakan akaun Instagram dengan nama Downsyndrome Queen, dipilih menghiasi muka depan edisi terbaru majalah Glamour di Belanda.
“Saya tidak dapat menerangkan dengan kata-kata betapa ianya bererti bagi saya,” kata Enya, menerusi catatan Instagram.
Enya turut berkongsi rakaman video beliau melihat potretnya menjadi hiasan utama muka depan majalah berkenaan.
View this post on Instagram
Meskipun Glamour bukan majalah pertama beliau namun, ia merupakan antara majalah paling popular di Belanda, dan pertama kali memilih pengidap sindrom Down sebagai penghias muka depan.
“Bukan pertama bagi saya, tetapi majalah utama di Belanda dan pertama dengan seseorang yang mengalami sindrom Down,” tambah Enya.
Akaun Instagram Enya mempunyai lebih daripada 68,000 pengikut dan diuruskan oleh adik perempuannya Céline.
Dengan dorongan dari kakaknya, Enya segera mempunyai pengikut dan penyokong media sosial yang unik dengan jangkauan yang luas.
“Jangan biarkan ini menjadi satu keseronokan bagi pihak lain, melainkan jalan masuk yang membawa kepada banyak kemungkinan. Saya harap kita akan menjadi kebiasaan dalam industri fesyen dan kecantikan, ”katanya.