Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa pindaan gaji minimum RM1,500 akan tetap dilaksanakan mulai 1 Mei ini.
Perincian mengenainya akan diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia (Datuk Seri M Saravanan),” kata Perdana Menteri menerusi ciapan ringkas di Twitter hari ini.
Baru-baru ini, Saravanan menjelaskan Kementerian Sumber Manusia (KSM) tegas melaksanakan pindaan gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa mulai 1 Mei ini meskipun ada permintaan termasuk daripada majikan supaya ia ditangguhkan.
Saravanan, berkata pelaksanaan kadar baharu itu sudah dikaji secara mendalam dan pihaknya tidak akan membuat pusingan U hanya semata-mata kerana didesak pihak majikan tertentu.
Jelasnya, bantahan majikan terhadap kenaikan kadar gaji minimum bukan perkara baharu dan sentiasa disuarakan setiap kali kadar baharu diumumkan.
Beliau berkata peningkatan itu selaras dengan tuntutan dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.
Terdahulu Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyifatkan pelaksanaan gaji minimum pada 1 Mei ini tidak kena pada masanya, serta mendakwa ia masih belum diwartakan setakat ini.