Gambar memaparkan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) yang didakwa dirakam 50 tahun lepas telah diterbitkan kali pertama, semalam.
Gambar berkenaan memaparkan sebuah objek berupa sebuah logam berbentuk leper yang berlegar-legar di bawah sebuah pesawat di mana gambar tersebut dirakam.
Imej tersebut kemudiannya disunting dan seterusnya diterbitkan dalam bentuk cetakan beresolusi tinggi selepas 50 tahun dalam simpanan.
Imej yang dirakam oleh urugambar udara, Sergio Loaiza menggunakan kamera pembuat peta seberat 45 kilogram (kg) ketika pesawat itu terbang pada ketinggian 3.05 kilometer (km) dalam misi meninjau kawasan.
Tinjauan itu dilakukan berdekatan projek pembinaan hidroelektrik, berhampiran Gunung berapi Arenal.
Ketika pesawat berkenaan melepasi Tasik Cote, Loaiza merakam beberapa gambar hitam putih beresolusi tinggi dan di seluruh hutan selang masa 20 saat lalu objek itu dikesan, lapor The Sun semalam.
Bagaimanapun, jurutebang dan tiga kru pesawat tersebut tidak melihat sebarang objek ketika penerbangan sebenar. – Agensi