• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Gunung Kinabalu sudah dibuka semula

Gunung Kinabalu sudah dibuka semula

September 20, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Setelah berbulan-bulan ditutup kepada orang awam akibat pandemik Covid-19, hari ini berita gembira buat penggemar sukan mendaki serta kumpulan sokongan yang menjadikan Gunung Kinabalu sebagai sumber pendapatan.

Semua pejabat dan stesen Taman-Taman Sabah, termasuk aktiviti pendakian Gunung Kinabalu sudah dibuka semula kepada orang ramai bermula 16 September lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, berkata sebanyak sembilan kawasan Taman-Taman Sabah yang menjadi destinasi pelancongan dibenarkan beroperasi.

Beliau berkata, bagaimanapun pembukaan pusat pelancongan itu terhad kepada peraturan yang telah ditetapkan termasuk pelawat perlu lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan. 

Menurutnya, antara syarat lain adalah hanya membabitkan pelancongan donestik dari daerah sama sahaja serta pelawat berusia 12 tahun ke atas dan bawah 70 tahun sahaja dibenarkan. 

“Jumlah pelawat ke dedtinasi-destinasi ini juga dihadkan seramai 100 orang pada satu hari untuk setiap destinasi lawatan. 

“Semua aktiviti yang dibenarkan adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan. 

Menurutnya, Taman Pulau Penyu di Sandakan pula dibenarkan dibuka hari ini, manakala pembukaan Pulau Bohey Dulang yang terletak dalam kawasan Taman Marin Tun Sakaran di Semporna dan Sub Stesen Ulu Kimanis, Taman Banjaran Crocker akan dimaklumkan kelak.

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 322
Tags: Gunung KinabaluKinabaluPulau BoheyTaman Banjaran CrokerTaman Pulau Penyu
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next