Seramai 25.43 juta individu atau 77.9 peratus daripada populasi keseluruhan di negara ini telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 79.2 peratus atau 25.87 juta daripada populasi keseluruhan telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Sebanyak 22.71 juta individu atau 97 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.
Manakala, 98.4 peratus atau 23.04 juta daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2.72 juta individu atau 86.4 peratus telah melengkapkan dua dos.
Terdapat pertambahan 67,701 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 54.03 juta dos.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”