• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Hanya satu SOP bermula 1 April – Hishammuddin

Hanya satu SOP bermula 1 April – Hishammuddin

March 10, 2022 Posted by haizal.y BM, Featured, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Satu Prosedur Operasi Standard (SOP) diperkenalkan daripada 181 SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) sempena pengumuman Fasa Peralihan ke Endemik yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, biarpun hanya satu SOP namun ia masih akan dikuatkuasakan di bawah Akta 342 bermula 1 April ini.

Katanya, satu SOP tersebut mengandungi 10 keperluan iaitu memakai pelitup muka ketika di tempat awam; waktu operasi mengikut lesen/permit; menjaga kebersihan tangan; melakukan ujian pengesanan Covid-19 berdasarkan

National Testing Strategy; dan menguruskan kes yang disyaki atau disahkan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, menggunakan MySejahtera dan MySJTrace untuk pendaftaran kemasukan; memastikan penjarakan fizikal satu meter; memastikan pengudaraan dan sistem ventilasi yang baik; memastikan kebersihan premis; dan mematuhi keperluan vaksinasi untuk aktiviti tertentu.

“Dalam pada itu, seiring dengan Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ di mana kita harus belajar hidup bersama dengan virus Covid-19 dan lebih mengutamakan disiplin kendiri, adalah amat penting untuk kita memahami risiko penularan Covid-19 serta mengamalkan langkah pencegahan.

“Susulan itu, selain 1 SOP, sembilan Garis Panduan juga telah dibangunkan bagi membantu rakyat membuat pilihan lebih selamat ketika menjalankan aktiviti harian demi menjaga keselamatan diri, keluarga dan orang sekeliling,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata, sembilan Garis Panduan itu tidak akan dikuat kuasakan, sebaliknya menjadi panduan yang amat digalakkan untuk dipatuhi supaya rakyat dapat kekal berwaspada dengan risiko jangkitan Covid-19.

Ia merangkumi pengangkutan dan perjalanan; pendidikan dan penjagaan; aktiviti peruncitan, makanan dan minuman; ruang kerja tertutup; kawasan kerja terbuka; acara, majlis, hiburan dan tarikan Pelancong; hotel dan penginapan tetamu; keagamaan, perkahwinan dan pengebumian; aktiviti dan fasiliti sukan, rekreasi dan riadah.

Beliau berkata, bagi memudahkan lagi masyarakat memahami dengan lebih lanjut berkaitan SOP dan garis panduan berkaitan, satu laman sesawang dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang dibangunkan dan dijangka boleh diakses bermula 1 April ini.

Post Views: 148
Tags: EndemikHishammuddin Hussein
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 700 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

May 9, 2022

         Gambar...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next