• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Hujan meteor dijangka dapat dilihat Sabtu ini

Hujan meteor dijangka dapat dilihat Sabtu ini

May 6, 2022 Posted by haizal.y BM, Featured, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Peneroka dan peminat astronomi di negara ini berpeluang menyaksikan curahan ‘hujan’ tahi bintang Eta Aquariid menjelang awal pagi Sabtu ini, jika cuaca baik.

Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) berkata, fenomena itu sebenarnya sudah boleh disaksikan sejak 19 April lalu sehingga 28 Mei ini.

“Bagaimanapun kemuncak taburan hujan meteor kejadian ini diunjurkan berlaku awal pagi 7 Mei 2022 dengan purata dianggarkan sekitar 50 meteor per jam dapat dilihat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Menurut kenyataan itu, peristiwa curahan Eta Aquariid di langit terbabit merujuk kepada titik asal kemunculan meteor tersebut di angkasa melibatkan sekitar kawasan buruj Aquarius.

Namun begitu, kemunculannya yang merupakan induk daripada komet Halley, masih boleh berlaku dari pelbagai arah dengan had laju maksimum kelaziman 66 kilometer sejam.

Kenampakan juraian meteor itu pada kali ini diramalkan adalah baik kerana tiada gangguan daripada pantulan imej cahaya bulan ketika kemuncak tempoh curahan berlaku di angkasa.

Objek terapung satelit sejadi bumi itu belum lagi memasuki fasa bulan suku pertama yang dijangka berlaku pada 9 Mei ini sebelum fasa bulan penuh atau purnama pada 16 Mei depan.

Post Views: 67
Tags: Agensi angkasa MalaysiaMeteor
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 738 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next