• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Jual Happy Box kutip dana bantu penghidap kanser

Jual Happy Box kutip dana bantu penghidap kanser

January 20, 2022 Posted by haizal.y BM, Inspiration, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Di sebalik ujian penyakit kanser pangkal rahim yang dihidapi sejak 2019, wanita ini terus berjiwa besar berusaha mencari dana membantu pesakit kanser kanak-kanak menerusi penjualan Happy Box.

Mengakui diri kini tidak boleh terlalu aktif berikutan sel kanser sudah merebak ke tulang, Pengarah Urusan Hungry Hantoo, Salina Abdullah, 52, menyifatkan ujian itu menjadi kekuatan membantu lebih ramai golongan senasibnya.

Salina berkata, kempen Happy Box dijalankan sejak Oktober lalu dengan kerjasama BeeBudz, BGCH For The Community dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) mendapat sambutan menggalakkan apabila 270 kotak berjaya dijual.

Katanya, setiap kotak bernilai RM85 mengandungi produk Hungry Hantoo, buku cerita, madu BeeBudz, alat tulis dan cecair pembasmi kuman diserah menerusi pos kepada pesakit berdaftar dengan MAKNA.

 

Pengarah Urusan Hungry Hantoo, Salina Abdullah, 52 gigih dalam membantu kanak – kanak penghidap kanser

“Sasaran awal kami hanya 200 kotak, bagaimanapun sambutan diterima sangat memberangsangkan dan tempahan pula kebanyakan diterima sebelum pelancaran kempen.

“Hasil jualan Happy Box berjumlah RM5,000 juga kita sumbangkan kepada MAKNA untuk membantu kanak-kanak penghidap kanser,” katanya selepas Majlis Penyerahan Happy Box dan replika cek di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengurus Projek MAKNA, Mohd Tarmizi Abd Rahman dan Pengarah Urusan Beebudz, Nur Hazian Ghazali.

Sebagai pesakit kronik itu, Salina berkata, usaha kecil tersebut bertujuan memberi keceriaan dan sokongan moral kepada pesakit kanak-kanak terbabit.

“Keprihatinan kita semua sekurang-kurangnya memberi mereka semangat untuk terus berjuang melawan penyakit.

“Kita juga mahu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pesakit kanser kanak-kanak dan pada masa sama, menambah dana tabung MAKNA.

“Kos pengurusan dan rawatan pesakit kanser mahal. Usaha kecil kami ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dan memberi sokongan kepada mereka,” katanya yang turut berterima kasih kepada semua pembeli dan penyumbang Happy Box.

Dalam pada itu, katanya, syarikat Hungry Hantoo kini menjalankan kempen ‘Kembali ke Sekolah’ bagi membantu Persatuan Anak-Anak Pejuang Kanser mendapatkan keperluan sekolah yang baharu.

“Sebanyak RM2 akan disalur kepada persatuan bagi setiap pembelian produk Hungry Hantoo seperti sambal kentang rangup, kerepek ketam dan kerepek pisang tanduk,” katanya yang akan meneruskan projek kebajikan selagi hayat masih ada.

Penerima Happy Box, Nor Syafiza Alyaa Syamsuddin, 13, ceria menerima pek berkenaan dan berkata, akan terus bersemangat melawan penyakit

kanser darah yang dihidapinya.

Beliau yang kini dalam fasa pemulihan dan pemantauan doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, penyakit itu membuatnya menjadi cepat letih, namun bersemangat untuk ke sekolah seperti rakan lain.

“Saya perlu ke hospital beberapa kali dalam setahun untuk pemeriksaan lanjut kerana belum disahkan bebas kanser,” katanya yang sudah menjalani 20 sesi kimoterapi.

Penerima lain, Nurdina Fahana Mazlan, 13, yang juga menghidap kanser darah kini semakin aktif dan boleh pergi ke sekolah walaupun masih belum pulih sepenuhnya.

“Saya perlu makan ubat setiap hari tetapi tidak perlu meneruskan kimoterapi buat masa ini. Terima kasih kerana memberi Happy Box ini,” katanya yang kehilangan ibu akibat kanser payudara dua tahun lalu.

Katanya, selepas ibu dan dirinya didiagnos kanser, bapanya, Mazlan Abu Bakar, 60, terpaksa berhenti kerja untuk menjaga dan menghantar mereka ke hospital.

Sementara itu, Tarmizi berharap lebih banyak pihak tampil membantu pesakit kanser di negara ini.

“Kempen Happy Box ini dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya kanser yang kemungkinan boleh menjadi penyakit nombor satu mengatasi penyakit jantung.

“Saya mengharapkan lebih banyak syarikat swasta tampil membantu MAKNA pada masa akan datang kerana pesakit semakin bertambah setiap tahun terutama golongan B40 dan ke bawah,” katanya yang turut

menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kempen Happy Box.

Post Views: 297
Tags: Happy BoxinspirasikanserMAKNA
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 738 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next