Sara Chhipa, 10, dari Rajastan, India mendapat pengiktirafan besar oleh OMG Book of Record kerana menjadi individu pertama yang mencipta rekod dunia dengan menghafal nama ibu negara dan mata wang seluruh dunia.
Sara yang kini menetap di Dubai bersama keluarganya mendapat latihan menghafal sejak tiga tahun lalu oleh pengasas Brain Rhyme Cognitive Solutions, Sushant Myrorekar.
Ketika pelaksanaan perintah berkurung, Sara mempunyai lebih masa yang terluang untuk beliau berlatih menghafal berasma mentornya secara dalam talian.
Pelbagai kaedah menghafal yang dilakukan secara kreatif, berjaya membantu Sara mengasah dan memperbaiki kemahiran menghafal yang dimiliki kanak-kanak tersebut.
Kemahiran menghafal yang dimiliki Sara berkembang dan semakin maju dengan latihan yang dibuatnya. Pada mulanya, Sara perlu mengambil masa sejam untuk menghafal, selepas beberapa ketika, Sara hanya memerlukan 15 minit untuk menghabiskan hafalan beliau.
Selain mempunyai daya ingatan yang kuat, Sara juga aktif dan cemerlang dalam pelbagai bidang sukan seperti kriket dan aktif dalam bidang tarian.
Sara yang mengendalikan salurannya di YouTube, berkongsi tentang keindahan yag terdapat di India menerusi ‘Incredible India’ yang disiarkan dalam saluran berkenaan.