Temasya sukan Olimpik secara rasminya telah menutup tirai dengan kejayaan Malaysia membawa pulang satu pingat perak dan gangsa melalui acara berbasikal dan badminton.
Pada kali ini, kita dapat lihat penampilan beberapa orang atlet muda berumur seawal 14 tahun dalam sukan paling berprestij tersebut.
Minat terhadap temasya berkenaan memberikan kesan tersendiri kepada seseorang, ada yang menanam cita-cita sejak dari awal untuk menjadi atlet olimpik dan ada juga yang mahu anaknya menjadi atlet yang bakal bertanding pada temasya itu.
@hindilover5Reply to @youngdezzle_ Baby china masuk tak dak harapan la yang lain ? #olimpiadetokyo2020 #baby #babygames #olympics #viralvideo #masukberanda #fy
Berlainan pula kisahnya di kalangan netizen, di laman TikTok misalnya, pelbagai video parodi berkenaan sukan tersebut mula dimuat naik dan mendapat perhatian dikalangan warga maya.
Seorang pengguna laman berkenaan telah memuat naik video yang memaparkan kanak-kanak seperti seorang atlet olimpik yang sedang bertanding, menarik perhatian ramai.
Berserta dengan pakaian mengikut acara sukan masing-masing, jua antara daya tarikan video itu.
Tinjauan di ruangan komen menunjukkan warga maya sangat tertarik dengan aksi kanak-kanak berkenaan.
Setakat ini, video tersebut berjaya mendapat 1.2M respon dan 5,700 komen di TikTok.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”