• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
Kapal Titanic Kini Berada Di China

Kapal Titanic Kini Berada Di China

May 20, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Join @goodnewsbrigade on Telegram

Siapa yang tidak pernah mendengar kisah lagenda kapal Titanic, sebesar hampir tiga padang bola yang tenggelam di lautan Atlantik pada 1912 itu?

Selepas kisah kapal lagenda tersebut diangkat ke layar perak pada 1997 yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet, seluruh dunia mula mengenali kisah Titanic, sebuah kapal wap penumpang terbesar di dunia yang ‘tidak akan tenggelam’.

Sudah pasti, ramai yang membayangkan bagaimana perasaan berada di atas kapal penumpang yang tenggelam pada insiden yang berlaku 109 tahun lalu itu.

Keinginan tersebut tidak lama lagi boleh dipenuhi di China, dengan pembinaan sebuah taman tema yang sedang dijalankan ketika ini untuk membina replika kapal berkenaan.

Taman tema berbentuk kapal Titanic sebenar itu diberi nama ‘unsinkable Titanic’ yang sedang dalam proses pembinaannya di Daying, Sichuan dan mempunyai saiz yang sama dengan Titanic sebenar iaitu berukuran 296 meter panjang dan 28.19 meter lebar.

Gambar yang didedahkan oleh AFP menunjukkan perkembangan terbaru pembinaan replika kapal itu.

Menurut laporan AFP, replika berkenaan yang digelar sebagai Romandisea, turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dewan makan, dewan teater, dek pemerhatian serta kolam renang.

Taman tema Titanic itu akan ditempatkan secara kekal di Sungai Qijiang, yang terletak kira-kira 130 kilometer dari Chengdu itu menjanjikan pengalaman bermalam di atas kapal mewah berkenaan seperti ketika dalam pelayrannya di atas lautan.

Menurut laporan AFP, projek berkenaan memerlukan kira-kira 23 ribu tan keluli dan dianggarkan menelan kos pembinaan sebanyak 1 bilion yuan (RM642 juta).

Walau bagaimanapun, tiada laporan berkenaan tarikh sebenar berkenaan pelancaran dan pembukaan taman tema tersebut.

Post Views: 774
Tags: Chinatitanic
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Yang di-Pertuan Agong Conferred Turkey’s Highest Award by President Erdogan

Yang di-Pertuan Agong Conferred Turkey’s Highest Award by President Erdogan

August 17, 2022

         By...

STPM results out on August 18

STPM results out on August 18

August 12, 2022

...

Working Hours to be Reduced from September 1st

Working Hours to be Reduced from September 1st

August 10, 2022

         By...

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

July 22, 2022

         Thanks...

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

July 19, 2022

          ...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next