Sebuah gambar yang memaparkan potret seorang bapa sedang memayungi anak perempuannya dalam hujan, tular di media sosial.
Dalam gambar tersebut, seorang gadis remaja sedang mengikuti pembelajaran dalam talian sambil dipayungi bapanya.
Babak tersebut dilaporkan berlaku di Ballaka, sebuah desa terpencil di daerah Dakshina Kannada.
Sang bapa yang dikenali sebagai Narayana sedang melindungi anaknya daripada dibasahi hujan ketika sedang tekun mengikuti pelajaran di tepi jalan.
In the rural area, students are attending online class , like this. because of mobile network issue.heavy rain also…! (Mangaluru-Sullia-Guthigar-Kamila) @CMofKarnataka @PMOIndia @narendramodi @narendramodi_in @CMDBSNL @BSNL_KTK @BSNLCorporate pic.twitter.com/auyBFs88zF
— Mahesh Puchchappady (@puchhappady82) June 15, 2021
Mahesh Puchchappady, seorang wartawan yang memuat naik gamabr tersebut menerusi akaun Twitter memberitahu bahawa gadis berkenaan akan datang ke tempat sama pada setiap hari bagi tujuan sama.
Tambahnya, situasi berkenaan adalah perkara biasa di kawasan luar bandar, di mana pelajar yang mengikuti kelas dalam talian akan berdepan dengan masalah liputan internet.