• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
Keistimewaan kepada individu lengkap dos vaksin

Keistimewaan kepada individu lengkap dos vaksin

August 9, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Join @goodnewsbrigade on Telegram

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa kelonggaran untuk individu yang lengkap dua dos vaksin berkuat kuasa esok(Selasa).

Beliau berkata, seseorang individu hanya akan diiktiraf lengkap divaksin selepas hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac.

Bagi vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan, iaitu Johnson & Johnson dan CanSino, katanya, individu itu perlu melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan untuk diktiraf lengkap divaksin.

Muhyiddin berkata, mereka perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 kepada penguat kuasa atau petugas di premis, serta mematuhi SOP berkaitan protokol kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Aktiviti dibenarkan untuk semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara:

-Hanya aktiviti solat dibenarkan di masjid dan surau bagi jemaah lengkap divaksin dan mereka perlu terus pulang selepas selesai bersolat.

-Penganut bukan Islam dibenar bersembahyang di rumah ibadat masing-masing, tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri dan Kementerian Perpaduan Negara.

-Suami isteri jarak jauh dibenarkan merentas daerah atau negeri berjumpa satu sama lain.

-Ibu bapa lengkap divaksin dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak di bawah 18 tahun.

-Pengembara warganegara dan warga asing yang mempunyai kediaman di Malaysia, termasuk penduduk tetap (PR) dan peserta Malaysia MY Second Home boleh menjalani kuarantin wajib di rumah, dengan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital akan diberikan.

Aktiviti dibenarkan untuk negeri Fasa 2 dan ke atas:

-Aktiviti sukan dan riadah outdoor tanpa sentuhan fizikal, tetapi bukan berkumpulan dari 6 pagi hingga 10 malam.

-Rentas daerah.

-Makan di dalam restoran atau “dine-in”.

-Melancong dalam negeri sama membabitkan rumah inap desa dan hotel.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, kemudahan di sektor ekonomi yang sedang dibincang dan dipertimbangkan sidang khas Majlis Keselamatan Negara akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Beliau mengarahkan Menteri Dalam Negeri memastikan semua kementerian dan agensi bertanggungjawab mempergiatkan penguatkuasaan serta pemantauan ke atas kemudahan yang diberikan.

Pada masa sama, Muhyiddin mengingatkan, kelonggaran ini tidak bermakna rakyat boleh mengabaikan SOP yang ditetapkan.

“Kerajaan tidak akan teragak-agak menarik semula kemudahan yang diberikan, jika berlaku ketidakpatuhan terhadap garis panduan dan SOP,” katanya dalam pengumuman khas, hari ini. 

 

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 410
Tags: pelan pemulihan negaravaksin lengkap
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

July 22, 2022

         Thanks...

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

July 19, 2022

          ...

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

ASEAN Online Sales Day 2022 To Take Place Next Month

July 18, 2022

          ...

World’s highest fire station to be built on Mount Kinabalu

World’s highest fire station to be built on Mount Kinabalu

July 15, 2022

         The...

New approaches sought to tackle literacy rate in country

New approaches sought to tackle literacy rate in country

July 5, 2022

          The...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next