Seorang pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang bertempat di KLCC mendapat perhatian dari kalangan warganet.
Menurut Mohd Shahril Abdul Ghani, yang bertugas di PPV KLCC, bertugas di pusat berkenaan merupakan pengalaman paling menarik kerana dapat bertemu dengan orang baharu setiap hari.
Apa yang paling beliau kenang adalah berkenaan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan APM.
“Beberapa hari duty(bertugas) Floor Manager kat(di) Pusat Pemberian Vaksin Mega KLCC memang sangat mengagumkan. Dengan pelbagai jenis manusia yang datang dengan beribu karakter yang tersendiri.. cukup masam manisnye.. tapi paling kagum adalah dengan petugas sukarelawan dari RELA dan APM.
“Sangat profesional dalam buat kerja, tau segala apa yang perlu dibuat tanpa perlu diberi arahan yang berjela-jela. Semua faham tugas masing masing.
“Tapi harini aku lagi kagum. Ada seorang petugas dari Angkatan Pertahanan Awam. Semalam dia layan satu uncle omputih, bagi explaination dengan jelas dan teratur. Aku dengar je dari tepi..pangkat bawah je.. tapi ckp omputih dia mmg cemerlang. Kagum dah seketika.. bukan jelaskan prosedur, tapi selesaikan masalah orang tu.. so kalau nk selesai masalah ni memang kena cakap panjang lebar la.. okay done.. cukup impress dengar dia cakap,” tulisnya di Facebook.
Tidak berhenti di situ, petugas berkenaan sekali lagi membuatkan pegawai dan khalayak di situ kagum akan kebolehannya menyelesaikan masalah seorang lagi individu yang hadir ke PPV berkenaan pada keesokan harinya.
“Harini lagi terkejut.. ada satu uncle India datang, dia OKU pekak dan bisu.. dengan selambanya anggota ni borak dengan dia pakai BAHASA ISYARAT!
“Powernye budak ni.. aku pun panggil dia.. ko belajar sampai tahap ape ni? Degree? Master? Dia jawab ape.. sy SPM je tuan.. abis tu mcm mane terer sangat ni, sy belajar sendiri je tuan.. perghhh
Terkesima aku..
“Tapi tak habis kagum lg.. uncle india tu ada problem, dia tak tahu macam mana nak daftar vaksin pun. Dia datang tu pun sebab ada org cakap dia dapat suntikan, tak tahulah siapa tipu dia, padahal dia tak daftar pun, dan dia tiada berdaftar dengn mana-mana pusat kebajikan..
“Solution dia?
“Anggota td offerkan diri jadi waris dia, daftarkan MySejahtera dekat telefon anggota tu, dan kata kat aku, tak apa dia akan bertanggungjawab sampai uncle tu complete 2nd dose..
“Fuhhh.. luar biasa
“Aku mmg respek(respect) la dekat diaorang ni, sangat cemerlang,” katanya pada status berkenaan.
Netizen dari pelbagai latar belakang agama, bangsa dan kaum rata-rata memberi pujian terhadap usaha dan belas serta kasih yang ditunjukkan petugas APM berkenaan.