• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Kerajaan buka pendaftaran dos penggalak dalam ‘waiting list’ 

Kerajaan buka pendaftaran dos penggalak dalam ‘waiting list’ 

November 17, 2021 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pendaftaran nama dalam senarai menunggu (waiting list) akan dibuka secara walk-in di pusat pemberian vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara bermula 22 November ini.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat badan bertindak tersebut yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Ia adalah untuk individu yang layak pemberian dos penggalak, individu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu dan individu yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin Covid-19.

“Ia termasuklah individu yang terlepas janji temu vaksin dan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi,” menurut kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan.

“Keutamaan juga diberikan kepada individu berusia 40 tahun dan ke atas, individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi, penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang termasuk ibu mengandung dan keperluan ke luar negara,” katanya.

Sehubungan itu, CITF-B percaya pendekatan ini akan memudahkan dan menggalakkan individu yang layak untuk secara sukarela menerima dos penggalak lebih awal tanpa perlu menunggu lebih lama.

” Mereka yang telah berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan janji temu atau ‘no show’ oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.

“Pendekatan seumpama ini juga akan membantu kerajaan memastikan vaksin tidak dibazirkan dan dapat digunakan secara optima.

“Orang ramai boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan ‘walk-in/telefon/emel’ untuk mendaftar melalui www.protecthealth.com.my.

“Sehingga kini, lebih satu juta dos penggalak telah diberikan kepada mereka yang layak di seluruh negara dan kerajaan kini dalam usaha untuk meningkatkan usaha pemberian dos penggalak bagi memastikan tempoh perlindungan yang optima dapat dicapai. Dapatkan janji temu vaksin anda dengan segera,” katanya.

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 242
Tags: dos penggalakpfizervaksin
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 738 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next